Ibu..ibu engkaulah ratu hatiku..
Semua orang mempunyai mak, tiada mak.. tiadalah kita. Mak adalah insan istimewa yang berkorban mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kita. Mak adalah insan dan wanita terbilang yang bertakhta di hatiku dan betapa aku amat menyayanginya sampai ke hujung nyawa.
Mak telah di lahirkan di Ampang Selangor dan di bela dan di besarkan oleh kakak beliau (alfatihah buat arwah mak su dan pak su) sehinggalah mak berkawin dengan abah pada tahun 1962 di Kuala Lumpur.
Walaupun banyak kenangan pahit mak bersama mak su tapi semua tu menjadi kenangan kepada mak sehingga kini. Kesian bila dengar cerita pahit mak bersama kakak beliau. Mak berterima kasih juga kepada kakak beliau ..walaupun menerima layanan yang buruk tapi kakak beliau masih sudi menghantar mak ke sekolah.
Bayangkanlah jika mak tak bersekolah dah tentu kehidupan tak seperti sekarang ini.
Mak ashiklah berpindah sekolah dan mak pernah bersekolah rendah di Tampin, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah kerana mengikut abang ipar yang ashik bertukar tempat kerja kerana beliau bekerja sebagai DO.
Mak juga pernah bersekolah di Clifford School di Kuala Lipis-Raub Pahang
Kemudian mereka berpindah pula ke Seremban dan mak telah mengambil peperiksaaan LCE di King George School Seremban dan beliau tinggal di asrama. Setelah lulus dengan cemerlang mak bersekolah pula di Methodist Girl's School Kuala Lumpur dalam tingkatan 4.
Tapi sayangnya sebab mak bertemu jodoh dengan abah pada masa tersebut dan terpaksa berhenti sekolah. Itulah salah satu punca kakak beliau marah sungguh dengan mak.
Nak buat camner kan sebab semua tu qada dan qadar darinya. Tu sebab mak pandai speaking..tak macam akak.

bila tenguk muka mak..lebih kurang muka cam sape ek..
akak ker atau kak long?

Bila dah berkawin mak terpaksa berhenti sekolah dan mak telah bekerja di MTC Tabacco di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur sebagai Quality Control. Dah tak ada dah building ni....
Mak dan abah tinggal di Kampung Paya di Bangsar selepas berkawin dan mak telah melahirkan kak long (1963), akak (1964) dan adik lelaki (1965) di situ.
Tentu korang boleh bayangkan macamana kesusahan mak bersalin setiap tahun dan betapa susahnya mak semasa dalam pantang. Terpaksa mencuci, memasak dan menjaga kami semasa dalam pantang. Dah lah tak ada mak/ayah dan keluarga yang datang menolong mak.
Mak terpaksa menguruskan diri sendiri selepas bersalin dengan bantuan abah sebab keluarga abah pada mulanya pun tak sukakan mak sebab mereka ada rancangan nak jodohkan abah dengan saudara mereka kat kampung di Melaka.

Mak yang bekerja shift pagi dan malam demi membantu abah yang cuma bekerja sebagai peon (budak pejabat) di British High Comission Jalan Ampang. Mak terpaksa mengupah orang menjaga kami di waktu siang, bila kena shift petang, kena kerja dari pukul 3.00 petang sampai pukul 11.00 malam abah yang menjaga kami selepas beliau pulang dari kerja pada jam 5.00 petang.
Walaupun mak penat bekerja mak akan pastikan makan pakai kami di siapkan dulu sebelum beliau pergi kerja sementara abah menghantar kami ke rumah orang yang menjaga kami.
Tapi mak tak pernah merungut dan nasib mak agak baik sebab abah rajin membantu. Sehinggalah kami berpindah ke Setapak di mana mak dan abah membuat rumah di situ.
Semasa bersekolah maklah yang menghantar kami semua pertamakali ke sekolah. Mak yang menguruskan pembelian buku sekolah dan membayar yuran walaupun mak dan abah terpaksa meminjam dari orang lain.
Mak juga yang mengambil keputusan peperiksaan (report card) kerana abah susah nak ambil cuti. Kiranya semua urusan persekolah memang mak yang uruskan dan masa tu mak masih lagi bekerja di MTC dan masih lagi bekerja mengikut syift.
Sampai ada yang perli ...eh kau ingat kau ajer ada anak sekolah...ashiklah nak cuti.
Sampai ada yang perli ...eh kau ingat kau ajer ada anak sekolah...ashiklah nak cuti.
Di Kampung Puah, Setapak jalan nak masuk ke rumah agak jauh dan melalui kebun getah dan agak sunyi. Bila tiba giliran mak kerja pagi, masuk kerja pukul 7.00 pagi terpaksalah abah menghantar mak ke jalan besar, begitu juga bila mak kena kerja giliran petang dan pulang pada pukul 11.00 malam.
Pernah mak kena kejar dek orang gila masa dalam perjalanan gi kerja. Memang macam-macam yang pernah mak kena masa mak bekerja dulu. Kami seronok bila setiap bulan abah akan membawa kami tiga beradik untuk belanja makan mee ataupun sup di kedai makan di situ.

Mak masih lagi menjalankan tanggungjawabnya seperti masak dan mengemas rumah selepas dan sebelum pergi bekerja. Sehinggalah mak terpaksa berhenti kerja dek kerana di khianati rakan baik sendiri pada tahun 1980..an dan mak mengambil upah menjaga anak jiran dan menjual nasi lemak sehingga kami semua bekerja, barulah mak duduk di rumah sahaja.
Mak memang rajin memasak dari muda sehingga sekarang. Hasil tangan memang sedap dan selalu di puji oleh orang ramai. Sampai sekarang masakan mak yang paling sedap ialah sambal tumis, masak lemak cili padi dan rendang dan ini di akui oleh menantu dan juga cucu beliau.
Bila akak melahirkan anak pertama hinggalah anak ke lima mak akan menjaga akak masa dalam pantang selama 44 hari. Yang paling di sayangi tentu Russhdi sebab cucu sulung mak dan abah. Masa dia kecik ashiklah kena gentel dek kak long dan adik lelaki.
Mak yang sibuk menyediakan segala-galanya termasuk memanggil orang urut dan mencari ubat untuk memulihkan tenaga. Terharu bila di fikirkan semula kenangan ini..terima kasih mak.
Mak yang sibuk menyediakan segala-galanya termasuk memanggil orang urut dan mencari ubat untuk memulihkan tenaga. Terharu bila di fikirkan semula kenangan ini..terima kasih mak.
Sekarang mak dah berusia 68 tahun dan kudrat dan tenaga beliau telah berkurangan. Tapi beliau masih suka masak memasak dan semua cucu memang sukakan masakan mak, sampai kadang-kadang akak terasa kecik hati bila anak-anak kata masakan wan lebih sedap dari akak.
Iyerlah dulu masa akak bekerja dulu, mak yang masakkan lauk untuk akak, kalau akak masak pun akak masak simple dimple sebab kadang-kadang kena gi kursus/kerja pada hari Sabtu.
Bila di kenang semula pengorbanan beliau memang tak berbalas rasanya.

Mak..terima kasih diatas segala-galanya. Budimu akan di kenang sepanjang hayat dan namamu akan sentiasa terpahat dalam ingatan.
Semuga mak sentiasa diberi kesihatan yang baik dan berbahagia selalu. Insyallah akak akan cuba membalas jasa beliau sehingga ke akhir hayat.
Besok insyallah mak akan tukar kanta kat Hospital Selayang. Dulu dah pernah buat kat Hospital Mata Tun Hussein Onn. Semuga semuanya selamat.
wahhhhh....lawonya kak ina...esp. waktu pakai baju kurung sek. men. tu...sekali tgk cam ank omputih pun ader :D
BalasPadamLawa lah akak masa muda2 dulu. Mcm muka mat saleh pulak.
BalasPadamjasa ibu memang tidak ternilai dan tak mampu dibeli walaupun dihampar segunung intan permata.
BalasPadamVery nice post kak Ina:)
BalasPadamSalam kak Ina,
BalasPadamTerharu saya mmbacanya. Moga bonda kak Ina dirahmati Allah, dan diberi kesihatan selalu
suke tgk gambar2 klasik ni
BalasPadam:D
mak adalah segalanya utk kita kan kak....ramai2 org, mak tak pernah failed buat anak2 hepi :)
BalasPadamsaya pun sayang mak saya. pengorbanan mak memang tak dapat dibalas kan kak.
BalasPadamalamak saya kalau bab2 mak ni boleh buat saya nangis ni
BalasPadamgorjessnya kak ina masa anak dara.. ahakss...
BalasPadamAminnn... semoga segala urusan berjalan lancar.
BalasPadamSemoga Mak KAK INA sihat sejahtera senantiasa.
semoga mak kak ina selamat dan sihat walafiat hendaknya..
BalasPadammak akak cantik luar n dlm. didoakan kesejahteraan makcik..amin3! 'benih yg baik, dilontar ke laut menjadi pulau'...
BalasPadamSemoga kesihatan mak ina bertambah baik hendaknya....Anyway suka la saya tengok gambar2x klasik zaman kak ina muda2x dulu....
BalasPadamAkak!! Masa zaman sekolah tu, pergh saya rasa mesti mak anak pening ramai nak ngorat akak kan? hihihi. Serius gorgeous. Sekarang pun gorgeous juga :)
BalasPadamEntry ni sangat-sangat sweet. Semoga para ibu kita dimurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik. amin.
:)
sedih plak me baca entry ni...rindu membuak2 terhadap my mom..
BalasPadamSebak bace entry aunty ni..
BalasPadamSebak bace entry aunty ni..
BalasPadam