OOO

Rabu, November 02, 2011

Oooo Patutlah Ramai Orang Guna Handphone Ini

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

Pada hari Sabtu lepas, akak saja-saja melepak kat kedai member yang jual handpone. Oleh sebab  handphone yang sedang akak gunakan ni memang taklah secanggih dan  up to date dengan teknologi sekarang, akak sajer-sajer tenguk-tenguk ada ker idak handphone yang berkenan di hati.

Bila sampai kat situ akak pun tanyalah member akak..

Akak :    Kawan,  lu ada  handphone  yang syok-syok  tak  nak pakai?

Tokey: Ada....ada..lu mau macam mana punya?

Akak :    Lu  bawa yang keluar yang best-best tau..janji dia punya bentuk banyak cantik, laju, pastu resolusi skrin mau yang cantik punya....

Tokey: U jangan risau maaa, u punya pasal saya bawa yang bagus punya maa.
Lu tenguk aaaa..Ini handphone banyak syok oooo, banyak ringan, dia punya laju lagi best. Kalau u punya anak mau main game memang best oo, tak ada sangkut-sangkut mehh.

Dia punya skrin macam HD , dia punya kamera manyak best, memang cantik loooo. Kalau lu mau online aaa tenguk facebook dan email lagi senang, dia punya sound banyak gempak.  Amoi pun suka mehhh tenguk ini handphone.
        
Akak :    Wah semua benda yang saya mau ada kat handphone ni ..wah bagus ni, terbaiklah lah tauke.  Semua ciri-ciri yang saya mau ada dekat ini handphone ini.  Boleh tanya apa nama handphone ini? 

Tokey: Aiyaaa lu duduk dalam gua ker? Ini handphone banyak famous maa..lu tak percaya lu boleh check.

Bila akak  balik rumah terus akak buat research pasal handphone ni.  Barulah akak tau kenapa handphone ni menjadi handphone yang terhangat di pasaran.

Banyak sebab yang membuatkan orang tertarik nak guna handphone yang telah menjadi sebutan di sebabkan banyak ciri-ciri yang menarik ada di handphone ini.



Pertama sekali  sebab display kualiti yang terdapat di handphone ini.  Handphone ini menggunakan  teknologi Super AMOLED Plus. AMOLED adalah "Active-Matrix Organic Light-Emitting Diode".


Teknologi ni selalu digunakan dekat dalam TV yang berdefinisi tinggi untuk mendapatkan gambar yang sungguh terang dan jelas. Bila  korang tenguk kat handphone ini, ternyata memang sungguh jelas dan skrin paparan memang agak terang dan dengan saiz yang agak panjang iaitu 4.3 inch, memang korang akan berpuas hati dengan kualiti yg dihasilkan oleh handphone ini.


Lepas itu pulak ditambah dengan kelajuan "Dual Core Application Processor" yang membolehkn korang membuka pelbagai applikasi tanpa perlu risau jika handphone korang hang atau stuck. 

Yang buat best lagi, kalau korang kaki game korang tak akan menyesal dengan handphone ini sebab kelajuan prosessor boleh menampung game yang berkualiti HD.


Mesti korang ingat bila  specs yang gempak mesti handphone ni besar, tebal dan berat kan.  TEEEETTT korang memang salah sebab handphone ini mempunyai kadar kenipisan yang agak kecil iaitu 8.49mm sahaja.

Lepas tu, berat dia pulak hanya 116g. Korang takut ada calar atau tertinggal kesan cap jari ditepi henpon?  Jangan risau sebab kat tepi handpone ini ada   "HyperSkin"

Ini yang membuatkan handphone korang tak akan ada cap jari di tepi dan juga cover bateri di belakang takkan mudah tercabut sebab ianya diliputi dengan penutup yang tidak mudah tercabut.


Bagi siapa-siapa yang suka bergaya dan suka klik sana..klik sini, handphone  ini ada  8MP camera dan juga LED flash.  Jadi bila korang ada kat dalam tempat yang agak gelap, LED flash ini akan tolong korang tangkap gambar menjadi lebih terang. 

Bagi siapa-siapa yang suka tengkap gambar sendiri sambil buat muka Duck Face tu, korang jangan risau sebab didepan ada kamera 2MP dan jga boleh buat  video calling menggunakan kamera depan.

Bila  korang tengah drive, tiba-tiba korang nak call sebab ada perkara penting nak bagitau tapi handfree tak ada, nak berhenti tak boleh, kang tak pasal-pasal kena tangkap/saman dek polis kan.

Kalau korang guna handphone ini, perkara macam tu takkan berlaku disebabkan adanya Say N Go : Samsung Voice Solution. Korang cakap ajer kat handphone ni, sape yang korang nak call, sistem ini akan gunakan suara korang untuk membuka applikasi ke mesej atau contact tanpa korang perlu sambil drive sambil tenguk handphone.

Kalau korang ashik tenguk handphone dan tak fokus masa memandu, nanti boleh jadi kemalangan.



Social Hub ini pula berguna kepada siapa-siapa yang ada prinsip."Kalau tak ada internet tak boleh hidup"...macam akak dan anak-anak akaklah...

Dalam Social Hub ini korang akan tenguk kat contact korang, dorang punya  facebook, twitter,myspace dan juga email. Tak payah  lah korang buka banyak-banyak applikasi , cuma dengan satu 1 applikasi dah ada semua social media member korang.

Kalau ashik pot pet pot pet pun tak bestkan, tentu korang rasa bosan nak baca panjang-panjang?  Lagi best kalau korang tenguk video supaya korang boleh tenguk kehebatan dan kelebihan yang terdapat kat handphone ini.


Video pertama ni untuk yang siang malam suka main game.  Korang boleh tenguk bertapa gempaknya bila main game dengan handphone ini. Fuhh kalau Imran dapat mesti dia suka ni.

Yang ini pula untuk korang tenguk bagaimana tahannya handphone ini...korang boleh tenguk apakah yang akan terjadi apabila handphone ini terjatuh.


Yang ni pula korang boleh tenguk macam mana kualiti gambar dan Live Wallpaper yang memang amat mengujakan..memang lawa giler weiii


Akhir sekali video ini menunjukkan salah satu kelebihan yang diberikan kat handphone ini

Hah camne ? Teruja ataupun idak tenguk handphone ini?
Bagi akak sebab apa handphone ini memang best di guna dalam kehidupan akak sebab ada muziklah.

Salah satu benda yang perlu bila akak buat kerja, duk depan pc/laptop ataupun berehat, mesti ada muzik, kalau tak muzik terasa sunyi sepi hidup ini. Kat handphone ini fungsi muzik yang terdapat dihandphone ini berlainan dengan handphone yang lain.

Bagi akakkan handphone memang berguna bila kita dengar salah satu lagu yang terdapat dekat Playlist handphone ini, lagu-lagu yang di cadangkan memang menepati selera semua orang pastu kita akan dapat tau lagu-lagu baru yang akan di berikan.

Bila korang dah beli lagu kat internet, korang bukan hanya dapat dengar lagu tapi juga dapat tau tentang penyanyi, lirik dan juga pendapat orang ramai tentang lagu yang kita beli. 

Jangan main-main sebab handphone ini ada Bass Enhancement dan juga 5.1 Channel Sound. Kualiti suara yang dihasilkan dari handphone ini memang gempak abess.

Mesti korang dah bosan (sambil nyanyi lagu aku dah bosan) pastu tu korang rasa menyampah bila akak review handphone  ni kan..tapi tak aperlah, akak nak tunjuk lagi kat korang video orang lain pulak  yang memang memuji kecantikan dan kegempakan handphone ini.


Seorang Leng Chai yang tak pernah sesat lagi bila guna handphone ini..wah bagus untuk akak dan geng blogger yang selalu sesat jalan bila gi event.

video dari seorang peminat setia Youtube yang teramatlah suka tenguk video bila-bila masa dan di mana-mana jua. fuhhh bestnya
last sekali video dari seorang pekerja perempuan India yang gemar mengambil gambar dengan keluarganya..ishhh serupa macam akak kannnn


Apa macam? Puas hati tak dengan  kehebatan handphone ini? Nak tau tak apakah jenis handphone ini?

Kalau korang nak tau handphone yang best ini ialah  Samsung Galaxy S 11!  
Sebab tu akak bercerita panjang lebar tentang Samsung Galaxy S II sebab akak rasa akak nak tukarlah handphone lama akak tu.

Kalau korang nak tenguk lagi komen dan juga puji-pujian yang banyak dan lagi best tentang handphone ini, korang boleh tenguk-tenguk di laman web di bawah itu.

Jika  korang rajin, korang juga boleh submit video untuk mereka yang telah pakai handphone ini , pastu nak ceritakan kehebatan handphone ini dan apa kegunaannya.  Korang boleh layari laman sesawang



25 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    berkobar2 nak kan handphone tu...
    kebetulan hp lama dah rosak
    berapa harganya...

    Wassalam

    BalasPadam
  2. saya menggunakan telefon nie & ada gak iphone4. pendapat peribadi, memang telefon nie terbaek dari semua segi compare ngan ip4, tp utk 4s saya x leh ckp sebab masih tngu stok dari supplier. berbaloi guna telefon nie. nak bercerita pun, akak dah buat entri panjang lebar kan?

    BalasPadam
  3. Bestnya kalau ada dan dapat phone canggih2...

    BalasPadam
  4. brp rege dia kak??

    spec menarik sungguh..

    BalasPadam
  5. Baru je dua hari lepas sembang dengan wife kata nak tukar hp baru.. memang dah lama mengidam samsung galaxy S11 ni.. geramnya bila nak beli ni..hehehe

    BalasPadam
  6. fuyoooooooooooooo hebatlah makcik promoter ni.hehe

    kak ina.saya tgh tunggu duit nuffnang cukup nak sambar sebijik.
    hehe

    BalasPadam
  7. Mualaikumsalam atuk...
    Ni dah cukup bulan..bolehlah beli baru hp canggih ni kan.

    nyamuk terbang..
    kumpullah duit hari-hari nanti cukuplah duit nak beli

    stormz...klu dah tertarik bolehlah beli ek

    BalasPadam
  8. eelebor..wow kamu pun dah tertarik dengan kecanggihan hp ni yer..wah bestnya kamu nak beli...jeles akak dibuatnya..klu camtu akak pun nak gi zass beli aaa

    kak yong...pergilah ke kedai yang ada jual hp ni..pastu tanya harga dan terus beli..berbaloi-baloi tau

    BalasPadam
  9. wah kamu pun tengah berangan nak beli rupanya Myvitrd. Dah cukup bulan kan..gilah beli

    happyifra...ala beli ajerlah guna duit sendiri..duit nuffnang tu masukkan dalam tabung haji ajerlah

    BalasPadam
  10. Salam Kak Ina.. Saya hanya mampu Mini Galaxy jer skang... Tapi impian tu tetap ada..heheheh. Akak...saya tag akak. Kalau akak x bz dan sudi, silakanlah jawab yer.. Maklumlah..akak nie rebutan ramai..orang femes...

    http://therainbowjourney.blogspot.com/2011/10/it-comes-back.html

    BalasPadam
  11. Yang best selalunya ribu2 . Berapa harganya kak ina?

    BalasPadam
  12. seronoknya akak dapat cuba galaxy s-ii ni. Saya baru berangan-angan nak pakai ni..
    :)

    Jom baca ni :Menang Neutrogena Ageless Set. Yahooo!!!

    Jom baca ni :Wow!!! SK-II Pitera Set datang lagi..

    BalasPadam
  13. Hp saya ni kak.. ehehehe memang besh.... video dia besh.. mmg terbaek...

    BalasPadam
  14. waaahhhh... menarik henpin nih.. tapi saya dah pakai samsung ACE ler pulok!

    BalasPadam
  15. kalau ada duit lama dah i beli..huhu

    BalasPadam
  16. actually henfon ini dah mengalahkan iphone 4 kak. hehehe..

    BalasPadam
  17. saya nak beli sIII. mesti lgi best

    BalasPadam
  18. memamg hebat Samsung Galaxy S 11 ni,
    minat video drop/crash test tu, terbaik. kelebihan casing/chassis plastik n ringan, kurang kesan impak/momemtum.

    BalasPadam
  19. menarik ni.... tapi baru jer tukar hset baru. macam nak gi tukar balik jer.

    BalasPadam
  20. you all...hp ni tak canggih mana...i baru je lepas let go....mmg power..u dah guna internet..confirm hang...sbb hp ni mmg cpt hang..believe me!

    BalasPadam
  21. Bole x nak tanya pengguna Samsung Galaxy SII, smartphone ni cepat hang x ? orr x

    BalasPadam
  22. samsung ni ada gorilla glass screen tak?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...