Geng tali barut dapat undangan tenguk preview filem Aku Bukan Tomboy di Midvalley sambil beramas mesra dengan pelakun filem tersebut. Tapi sayangnya akak tak boleh datang di sebabkan ada ada event lain.
Terima kasih banyak kat SHAHROLL PHOTO sebab dapatkan tiket untuk GENG TALIBARUTS untuk majlis pra tonton filem ini.
Akak wakilkan 2 anak lelaki akak..jadi dorang yang bagi komen pasal filem ni ek..korang baca ajerlah komen Firdaus ini...ayat stail orang muda tauuu
Aku Bukan Tomboy ini adalah terbitan Skop Productions. Skrip asal filem Aku Bukan Tomboy, ialah hasil tulisan Yusof Haslam bersama Syamsul.
imran syok dapat jumpa hero kesukaan dia
Menurut Syamsul filem Aku Bukan Tomboy ini bukan sahaja membongkar isu wanita tomboy malah isu pengkid yang menyimpan hati kepada kaum sejenisnya.
barisan tempat duduk geng tali baruts...pengsan kauuu duk depan..Imran yang kena buli di suruh ambil gambar dorang..ciss korang buli anak akak ek
“Dalam cerita ini, ada sekumpulan pengkid cuba memikat Scha yang memegang watak tomboy. Terus-terang saya katakan anda pasti anda akan terkejut dengan penampilan Zarina AF kerana ia sangat berbeza daripada diri sebenar Zarina,”kata Syamsul.
“Saya sendiri memegang watak Burn, seorang jejaka pemalu dan nerd. Tak ada scene romantik yang melampau dan ia berkisarkan percintaan antara jejaka nerd dan tomboy lakonan Scha Al Yahya.
Shaheizy pula menghidupkan watak Salesman (Harry) yang gila-gila. Dia juga berperanan sebagai pencabar utama Burn dalam merebut cinta Farisa @ Eisha. Untuk OST atau lagu-lagu yang terdapat dalam Aku bukan Tomboy pula menggunakan ciptaan James Baum
Pelakon yang menjayakan filem Aku Bukan Tomboy ini adalah Harun Salim Bachik,Scha Al-Yahya, Sam Shaheizy, Eira Syazira, Sheera Iskandar, Salina Saibi, Zarina and Syamsul sendiri.
Sinopsis Aku Bukan Tomboy:
Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain.
Harry yang bekerja sebagai penjual buku kanak-kanak telah menjadi kawan karib kepada Farisha sejak dari bangku sekolah lagi. Pada masa yang sama beliau juga menaruh perasaan cinta kepada Farisha tapi tidak berani meluahkan perasaannya dan menyukainya dalam diam.
Farisha yang bekerja sebagai penghantar pizza juga direbut oleh 2 orang pengkid iaitu Bell yang sama bekerja dengannya dan juga Sam yang ingin menjadikan beliau sebagai Girlfriend mereka kerana wataknya yang juga ala-ala tomboy dan mereka menyangkakan bahawa beliau juga adalah sama seperti mereka.
Burn telah terserempak dengan Farisha ketika kemalangan dengannya apabila dalam perjalanan ketempat kerjanya. Mereka berjumpa lagi ketika Farisha menghantar pizza ke pejabat Burn dan dari situlah mereka berkenalan lagi rapat sehingga membuatkan Burn berubah perwatakan untuk menarik perhatian Farisha
Apakah yang terjadi kepada Farisha yang telah terperangkap dengan cinta Burn, Harry dan pada masa yang sama juga telah mencuri perhatian Bell dan Sam??
Adakah beliau memilih untuk bersama Burn yang baru dikenali atau Harry yang telah dikenalinya??Bagaimana pula dengan Bell dan Sam??
Apakah mereka perlu merampas Farisha untuk menjauhkan dari 2 lelaki itu??
Apakah yang terjadi kepada Farisha yang telah terperangkap dengan cinta Burn, Harry dan pada masa yang sama juga telah mencuri perhatian Bell dan Sam??
Adakah beliau memilih untuk bersama Burn yang baru dikenali atau Harry yang telah dikenalinya??Bagaimana pula dengan Bell dan Sam??
Apakah mereka perlu merampas Farisha untuk menjauhkan dari 2 lelaki itu??
dah jumpa depan mata mestilah ambik gambar bersama
“Apa yang pasti ini bukanlah filem komedi terakhir saya kerana akan ada selepas ini” kata Syamsul. Filem Aku Bukan Tomboy ini dijangkakan menemui peminat pada 17 November 2011. Jom kita merempit…

oh scha al yahya~~
BalasPadammacam best je.. boleh layan nanti..
BalasPadamok. mcm best. huhu
BalasPadamMemang esok gak saya p tgk...
BalasPadamHaha..Imran siap kena Warning tuhh.. Jangan tanya soalan kat artis..hehe..Memang Kelakau dan best si Imran ni..Kitaorang terpaksa buli dia kak, kalau tak imran buli kitaorang..hehe
BalasPadamImran mmg ank yg baik. korang neh x baek tau buli2 dier...huhhuuhuh... Daus, good review!!
BalasPadamCubaan yang bagus dari Syamsul.... apapun saya lebih suka dia mengarah dari jadi pelakon...hehehehe
BalasPadamsaya pun suka filem ni...antara contoh filem yang sempoi, tapi tak cincai...Scha n Sam sangat cool dalam filem ni...
BalasPadam