OOO

Sabtu, November 19, 2011

Di Sebalik Tabir Sepah The Movie

Heboh kan pasal  perpecahan kumpulan komedi nombor satu negara, Sepah iaitu Shuib, Jep dan Mamat yang kini dikenali sebagai Sepahtu, dianggotai dua anggota lamanya Jep dan Shuib.

Kumpulan berkenaan telah bersatu semula sebagai jenama kumpulan Sepah dalam sebuah filem komedi aksi terbitan PTV Film Productions tidak filem yang diberi judul Sepah The Movie.  Semuga selepas ini kumpulan yang telah memenangi Maharaja Lawak musim yang lalu yang terus bersatu.

Bagi penerbit filem ini Hasni Maulod, mengakui yakin filem tersebut mampu dijayakan walaupun kumpulan Sepah telah berpecah. Beliau percaya ketiga-tiga bekas ahli kumpulan Sepah mampu memberikan komitmen. 

Sinopsis Sepah The Movie
“ Sepah” menceritakan tentang ragam tiga lelaki berstatus bujang  telah berkawan rapat sejak kecil bekerja  di kilang elektronik di sebuah kilang berhampiran pekan kampung mereka.
Hobi mereka juga sama  dan mereka terlalu obses pada motor cross.
Mereka terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka,semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu Sofea (Anzalna) yang mana bertugas dibahagian kawalan kualiti di kilang elektronik tempat mereka bekerja.

Maka berlaku, strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati Ayusofea.
Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah .
Maka berlaku,strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati “ Ayu sofea”.Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah . Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi.
Nak tahu siapa yang menjadi pilihan Ayu Sofea? Sama-sama kita tunggu nanti movie ini di pawagam.

Selain bekas anggota kumpulan Sepah, filem berkenaan turut dilakonkan Jehan Miskin, Yus dari kumpulan Jambu, Asrul Raja Lawak, pelakon baru Anzalna Nasir dan Ramona Qadira iaitu finalis Dewi Remaja 2010/2011.


Nantikan tayangannya di pawagam..mesti tergelak besar bila tonton nanti
Sumber dan Kredit : http://www.shahrulhairy.com/

6 ulasan:

  1. salam cuti-cuti k.ina. program cuti sekolah ni mesti kena masukkan schedule tonton wayang selain lepak hotel, shopping-mopping! adoihh la kan..

    BalasPadam
  2. pelakon perempuan cantik

    ade berlakon dlm Suria Di Cordova,Astro prima

    BalasPadam
  3. diorang sepakat sebab filem nih, hope diorang profesional dalam tugasan diorang.

    BalasPadam
  4. diorang sepakat sebab filem nih, hope diorang profesional dalam tugasan diorang.

    BalasPadam
  5. Ada jehan miskin ya.. lama tak tengok jehan miskin berlakon..

    BalasPadam
  6. Syok juga filem ni. Dan Anzalna memang cun.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...