OOO

Khamis, November 24, 2011

Ikan Siakap Goreng Tiga Rasa

 Sekarang ni akak guna resepi ni ajer kalau buat ikan tiga rasa..memang sesuai dengan tekak kami sekeluarga terutama anak-anak.  Kalau tak percaya cuba korang buat.  Tak menyesal tau jika dah buat..
Resepi Asal: Chef Norzailina
Sumber: Inahar & Ummi @Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih
  • 2 camca minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya
    sedikit serbuk kunyit, garam dan tepung jagung
    minyak yang banyak
Bahan Cincang Halus:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut-tak letak
  • 4 - 5 biji cili padi
  • sedikit batang saderi-tak letak
  • 1 biji bawang besar di potong bulat-terlupa
  • akak tambah 1 batang daun ketumbar-separuh di racik dan separuh untuk hiasan
Bahan-Bahan Sos:-
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar sos tomato
  • 2 camca besar sos plum-tambah sos cili
  • 2 camca besar gula pasir
  • 2 camca besar sos cili
  • 1 camca besar jus limau nipis
  • 1 1/2 camca teh kicap manis
  • sedikit sos ikan-akak tambah
 
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan ikan dan perap sekejap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam. Bilas dan toskan.
  2. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam dan kemudian lumurkan tepung jagung dan goreng dalam minyak yang banyak
  3. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan cincang selama 1 minit.
  4. Masukkan bahan-bahan sos bersama air dan kacau rata . Masukkan gula, bawang besar, sos ikan, daun ketumbar dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Rasa dulu sebelum di tuang ke atas ikan.
  5. Hias dengan daun ketumbar dan hidangkan bersama-sama nasi panas.

5 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...