OOO

Sabtu, November 05, 2011

Jom Reramai Tonton Teater Juta-Juta Ke Putrajaya

Sila Scroll ke bawah untuk N3 terbaru
Setelah sebulan setengah berlalu,  
teater Juta Juta yang telah di pentaskan di Stor DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) pada 21 hingga 26 September yang lalu telah mendapat sambutan dan maklumbalas yang baik.  Teater Juta-Juta telah mengembangkan pementasan mereka ke Putrajaya dengan pembawaan yang lebih menarik dengan tajuk baru 'Teater Juta Juta Ke Putrajaya'.

Selaras dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Putrajaya sebagai 'Bandar Mesra Belia', MASK Team dan Majlis Belia Kawasan Putrajaya telah mewujudkan kolaborasi khas untuk mementaskan sekali teater bergenre satira ini di Panggung Eksperimen Mawar Sari, Presint 3, Putrajaya bermula 10 hingga 13 November 2011 pada jam 8.30 malam.

Teater yang mengisahkan tiga graduan seni persembahan yang sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.
 (fuhh best bila tenguk sneak preview teater Juta-Juta nilah)
Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater seingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain.
Apakah yang terjadi  kepada tiga sekawan ini?
Berjayakah mereka membuat persembahan di Keraton?
Berapakah nilai tajaan yang diberikan oleh para penaja?
Muzikal apakah yang mereka pentaskan di Keraton?

Kalau nak tau jomlah bersama-samalah kita saksikan kesudahannya. 
Bagi sesiapa yang meminati seni teater tanah air tentunya akan ternanti-nanti karya terbaharu daripada Fasyali Fadzly ini.   Beliau sebelum ini pernah mengarah dan menulis beberapa buah teater.  Selain itu beliau turut pernah mengarah beberapa karya lain seperti Berani Mati (2009), Oedipus (2010) dan banyak lagi.
Teater bergenre satira berdurasi 1 jam 15 minit ini membariskan para pelakon teater yang berpengalaman seperti Fazleena Hishamuddin, Aloy Paradoks dan Anas Riduan
Aloy Paradoks pula adalah aktivitis teater dan seni indiependent tanah air yang sedang mencipta nama.  Beliau kini sedang giat menyiapkan sebuah novel bertajuk Nurul Asyikin.  Selain dari itu, beliau pernah mengarah dan menulis karya teater seperti Hegemoni, Merocok-rocok dan Nautika juga sebuah filem bertajuk Kontradiksi untuk tayangan 2012.  Beliau juga aktif menganjurkan event seni sekitar Kuala Lumpur.
 Anas Ridzuan, Fazleena Hishamuddin dan Aloy Paradoks
Fazleena Hishamuddin adalah seorang gadis yang di gelar Ratu Indie Malaya yang telah banyak terlibat dalam kegiatan seni indie sekitar Kuala Lumpur.  Dari bacaan puisi, penulisan cerpen, lakonan, penerbitan dan banyak lagi.  Antara pembikin filem pendek wanita yang aktif malah beliau turut mengatur beberapa kegiatan seni di sekitar Kuala Lumpur
Anas Ridzuan, seorang pelajar dari Falkulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Uitm dalam bidang teater dan telah banyak terlibat dalam bidang nyanyian dan juga lakonan di dalam kampus.  Beliau yakin kini adalah masa yang sesuai untuk beliau menembusi pasaran luar untuk memajukan diri dalam bidang lakonan dan pengarahan.

Harga untuk pas masuk amatlah murah..cuma berharga RM20.00 dan boleh di dapati pada hari persembahan dan untuk tempahan individu mahupun berkumpulan bolehlah menghubungi Saudara Hilal Azmi di talian 019-3572093
Memang best tenguk teater ni.  Jomlah beramai-ramai menonton Teater di Putrajaya yer.
 
Tenaga Produksi Teater Juta Juta ke Putrajaya
Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj), bersama MASK Team dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya berharap agar lebih ramai dermawan, syarikat swasta dan badan koperat untuk memberi sokongan dan penajaan agar pementasan Teater Juta Juta Ke Putrajaya ini dapat berjalan dengan lebih lancar, meriah dan melibatkan khalayak yang lebih besar lagi.

Jangan lupa yer tarikhnya 
10 hingga 13hb. November 2011 
di Panggung Eksperimen, Mawar Sari, Precint 3, Putrajaya

5 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...