OOO

Khamis, November 10, 2011

“My Happiest Moment”.

Setiap orang mempunyai kenangan indah masing-masing..tak kiralah ianya kenangan pahit dan manis dan semua itu akan menjadi memori yang terindah selagi hayat masih ada.  

Bagi akak yang hampir setengah abad ini, memang banyak kenangan yang telah di tempuhi.  
Ada yang pahit, masam, manis  dan semua itu memang menjadi ingatan terutama kenangan manis semasa kecil yang tidak dapat di abadikan dalam kenangan kerana keluarga tidak mampu membeli kamera pada masa itu disebabkan masalah kewangan.

Alhamdulliah setelah bekerja, berkawin dan mempunyai anak akhirnya mampu juga akak membeli kamera kerana akak suka merakamkan kenangan bila pergi ke mana-mana.

Dulu beli kamera yang menggunakan filem..kalau salah masuk habis rosak filem tu.  Pastu bila cuci memang rasa sakit hati sebab ada gambar yang tak jadi.

Tak macam sekarang ni.  Dah ada kamera digital, ambil gambar banyak mana pun ..kalau tak suka boleh delete.
Bila dah jadi seorang blogger, kamera memang sentiasa di bawa kemana-mana kerana setiap kali menghadiri event, ambil gambar adalah kemestian.  

Semua gambar yang di abadikan di blog akak menggunakan kamera OLYMPUS T-110 yang di beli pada tahun lepas.  

Walaupun harganya tidak mahal  sebab kewangan tidak cukup nak beli kamera mahal tapi akak puas hati dengan kamera OLYMPUS ini.
“My Happiest Moment” bila suami membawa akak berjalan-jalan di UK pada bulan Mei yang lalu sempena ulang tahun perkawinan kami yang ke 25 tahun.

Biarlah gambar menceritakan betapa indahnya kenangan apabila menatap semula setiap gambar yang di ambil  disana.

My happiest moment bila dapat berjumpa dengan anak yang sedang belajar di sana. Hilang rasa rindu di hati bila lama tak bertentang mata.
Tersenyum bahagia
Terasa macam gi honey moon ajer sebab kami pergi berdua sahaja.
Gambar “My Happiest Moment”  yang paling akak suka.  
Gambar ini akan menjadi kenangan terindah sepanjang hidup akak.

Semua gambar menggunakan kamera OLYMPUS T-110 tanpa di edit.  Puas hati dengan kamera ini.

Memang semua gambar yang diambil akan menjadi  “My Happiest Moment”

Semuga akak berjaya dalam  OLYMPUS Happy Photography Contest!
Kalaulah berjaya dapat kamera mahal ni..mesti tertunailah hasrat di hati.  

Bolehlah ambil gambar banyak-banyakkkkk untuk di simpan menjadi kenangan.

17 ulasan:

  1. gud luck kak ina...saya pun suka tgk pic lastu tue...menunjukkan pasangan yg bahagia sdg berdating hehe...

    BalasPadam
  2. Salam KakIna cayang. Tumpang happy tengok gambar2 KakIna tu. Good luck, semuga KakIna bertuah memenangi hasrat hati.

    BalasPadam
  3. gud luck kak ina!akhirnya ada entry.tapi nape akak tak letak logo tu kat gmbar?bukan itu salah satu syarat?cuba akak tengok balik ye.

    BalasPadam
  4. Wahh..gud luck kak..penuh dengan kenangan..hehe

    BalasPadam
  5. wah macam nilah kita nak buat contoh.. dah 25 tahun kawin pon masih romantik.. good luck kak ina

    BalasPadam
  6. Good luck kak..
    Sebelum silent reader je kat sini...
    Nak rasa ngomenlak kak sini...

    Teringin juga p UK..

    BalasPadam
  7. kamera memang penting, anyway all the best kakina

    BalasPadam
  8. Seronok tengok dan baca perjalanan hidup Kak INA yang ceria dan meriah. Syabas kerana suami begitu penyayang dan anak2 yang cemerlang dalam pelajaran.

    Mula2 memang kamera kecik dulu Kak Ina, nanti lama2 boleh beli kamera yang tali panjang sangkut kat leher tuh. hehehe

    Semoga Kak INA berjaya dalam contest ini.

    BalasPadam
  9. good luck kak..canggih wo compact cam nih..

    BalasPadam
  10. SEMOGA BERJAYA ye kak.... tapi saya seronok tengok gambar akak zaman muda-muda....heehehe

    BalasPadam
  11. good luck kak...menang camera lama bagi saya haha

    BalasPadam
  12. good luck kak ina!!

    saya pun suka ambik gambar...tp jarang print :p

    BalasPadam
  13. tak tutup lagi eks peraduan neh? anwy, good luck, kak...

    BalasPadam
  14. hiii kak ina..rajin la kak ni tulis blog...saya suka gambar yg last tu..happy moments..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...