OOO

Selasa, November 01, 2011

Resepi Sambal Goreng Ikan Bilis Dan Kacang Tanah

 Kalau buat sambal goreng stail camni memang licin di kerjakan akak dan anak-anak.  Suka makan dengan nasi dan roti.  Kadang-kadang anak-anak mengatah ajerlah sampai akak bising...tolong ingat orang lain yer..

Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 100-150gm kacang tanah
  • 6 sudu makan cili kisar
  • 1/4 camca teh jus asam jawa(bergantung kepada kemasaman)
  • 1 biji bawang besar - 1/2 di tumbuk - 1/2 di hiris
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • sedikit belacan
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-cara
1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama 1/2 biji bawang besar, bawang kecil dan bawang putih bersama belacan.
2. Goreng kacang tanah  dan toskan dan selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bawang merah yang di hiris sampai garing dengan minyakbaru masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi.
4. Setelah itu masukkan pula cili kisar,perlahankan api dan biarkan cili garing dan kacau selalu.
5. Masukkan garam dan jus asam jawa dan biarkan sambal kering sedikit.
6. Masukkan pula ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng.
7. Kacau selalu dengan api perlahan, kalau tidak hangus pulak nanti kering sedikit.
8. Setelah agak kering ...rasa dulu dan barulah dipadamkan api.

4 ulasan:

  1. wah ini best kalau time takde selera nak makan....cukup dengan sambal ini goreng ikan pekasam or ikan masin....makan dengan nasik panas sedappp.....

    BalasPadam
  2. sambal ikan bilis. makanan wajib bawak balik asrama selepas sambal jawa. bila hari lauk x sedap. baru keluarkan sambal ni. hehe..

    BalasPadam
  3. salam kak ina,

    kali terakhir saya dapat makan sambal mcm ni masa zaman anak dara dulu, itu pun hasil tangan makcik saya. sekarang dah anak 2, nampaknya kenalah buat sendiri...coz teringat sangat2 zaman dulu...huhuhu...

    terima kasih kak ina...untuk resepi ini...


    visit my blog: http://diarijarumemasku.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. wah.. da lme cri resepi nie.. hehe ;0 THANKS A LOT~

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...