OOO

Jumaat, Disember 16, 2011

Astrolife Fun Night Carnival 2011

Sabtu lepas akak dan anak-anak pergi ke   Astrolife Fun Night Carnival 2011 yang diadakan di Sunway Lagoon.  Akak dapat pass masuk dari laman web Astro.  Kena gerak awal sebab nak collect kat pintu depan dari pukul 2.00-5.00 petang.  Nak cari parking memang payah sungguh sebab ramainya orang shopping kat Sunway Pyramid.
Fuhh punyalah ramai manusia bersesak nak masuk sehingga rasa nak pitam berbaris.  Ni semua percuma punya pasal. Imran yang teruja nak pergi ke sini.  Al maklumlah dah lama tak pergi sejak harga tiket mahal sebab sekarang ni kena ambil package.
Setiap orang dapat macam passport yang kena chop di setiap booth yang di sediakan tak silap dalam 9 booth kot.  Akak yang rajin pi beratur main permainan dan gi chop, akak suruh Ira dan Imran gi main apa yang dorang nak main.
Punya ramai umat manusia, panjang betul barisan sampai akak naik bosan nak main, lelama akak gi chop ajer tak dapat gift pun tak per.
 Budak perempuan yang berani
Ramai yang tunggu peluang nak jawab soalan dari emcee,  nasib baik akak di panggil jawab soalan dapatlah gift dalam beg biru itu

Nak beli minuman dan makanan memanglah mahal berdentum.  Nasib baik dah makan kenyang-kenyang kat JJ dalan Sunway Pyramid.  
Bila malam menjelma lagi ramai orang yang datang yang boleh dikatakan pelanggan setia Astro.  Satu orang boleh dapat 4 tiket jadi korang boleh bayangkan berapa ramai manusia dalam permainan ini.  

Bukan boleh mandi pun cuma kena main permainan kat sini ajer.  Kecian tenguk family yang bawa baby dalam stroller dan anak kecil.  Banyak yang melalak sebab suasana yang sesak dan panas pada malam itu.  

Nasib baik anak-anak akak pandai bawa diri dorang.  Tapi rasa boring gak sebab boleh di katakan semua permainan dorang cepatkan sebab nak bagi peluang semua orang naik tapi rasa tak berbaloi sebab dah beratur lama cuma dapat main dalam  5 minit ajer.

sLelama penuh gak passport akak, dapatlah redeem gift kat booth Astrolife.

Nasib baik Ira dan Firdaus sempat masuk ke dalam rumah hantu sementara akak borak dengan geng tali barut eyriqazz dan Jejai. Tak lama terjumpa pula madammondoq ..apa lagi pot pet pot pet kami kat depan surau di situ sambil bergossip.

Lelama masing-masing rasa bosan dah sebab payah sangat nak main itu dan ini akhirnya kami  ambil keputusan balik awal tak tunggu acara penutup.  Dah kira tak fun dah dah rasa feed up pulak.

Rasanya lain kali kena hadkan kot ataupun cari tempat lain yang agak selesa kalau nak buat carnival lagi.

3 ulasan:

  1. saya penah merasa msk free,redeem tiket main gunting keratan kat metro

    50k org lebih kurang msk,huhu

    mmg xlarat,mase kawin member hubby bagi tiket FREE best giler la mase tu xrmai org sgt hehe

    penah pegi hari selasa,haha sia2 xtau tutup setiap selasa

    BalasPadam
  2. mender pree neh payah nk berkualiti kan, kak? tp demi anak2; diredah jua. dah besar mcm Ira n Imran okler. kalo Imran sy jenuhler dok melingkau kt kaki mamanyer neh...huhuhuh

    BalasPadam
  3. Memang kalau free ni ramai yang berduyun2 akan datang tapi bile dah sesak tu mmg takde mood nak buat apa2 pun lah.. Saya ni kalau ada ramai sangat manusia, terus jadi agitated.. Saya tak suka big crowds.. Huhu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...