OOO

Isnin, Disember 26, 2011

Katakan Tak Nak!




 smoking kills-Please don't break my heart
Benci betul dengan asap rokok ini.  Kalau pergi keluar kalau tak betul cara boleh lemas di sebabkan asap rokok ini.  Jika kita tidak merokok tetapi bila di kelilingi dek perokok tegar memang rasa sakit hati dan menyampah.

Mungkin disebabkan mereka, kita  yang ashik menyedut asap rokok mereka  pun boleh  membuatkan kesihatan kita pula yang merosot terutama kepada ada yang penyakit seperti asma.

Adakah patut kita yang tak merokok ni mendapat penyakit di sebabkan mereka ini semua!   Tentu tak adilkan kan.  

Oleh itu wahai perokok tegar, jika anda tak fikirkan nyawa anda sendiri  tetapi fikirkanlah nyawa orang-orang tersayang disekeliling anda.  

Oleh itu marilah kita semua menentang perokok ini dengan menyertai kempen  ni..  

Katakan #TakNak! kepada mereka ini semua.

Wahai perokok sekelian, takkan anda tak tau selain dari membahayakan nyawa sendiri dan nyawa orang yang tersayang.  Bila anda merokok dikira macam anda  telah membakar  wang anda.  

Perokok tegar memang sanggup membeli sekotak rokok yang berharga hampir RM10.00 sekarang ini, cuma korang kali dengan 30 hari, berapa banyak wang yang bakar itu.  Dekat RM300.00 tau.  

Kalau duit itu disimpan dalam bank ataupun ASB korang dah boleh simpan dekat RM4,000.00 tau.  Dapat lagi dividen pulak tu. Kira dah boleh gi umrahlah ataupun boleh guna untuk perbelanjaan jika ada anak yang akan memulakan persekolahan pada setiap awal tahun.  

Jangan dek sebabkan duit habis beli rokok bila anak minta duit nak beli buku korang mengamuk kata tak ada duit.  Kiranya korang dah mengabaikan tanggung jawab anda tau.

Dahlah habis  duit, pastu boleh dapat penyakit juga tau. 

- 20 kali lebih risiko kanser paru-paru
- 10 kali lebih nacaman penyakit paru-paru
- 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
- 4 kali lebih ancaman serangan jantung
- 2 kali lebih risiko serangan strok
- 50% risiko kematian akibat tabiat merokok
  
Paling utama, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda. Jadi berhentilah merokok sebelum terlambat.

Amalkan   gayahidupsihat.my demi orang yang tersayang 

Sama-samalah kita menjayakan  kempen  Katakan #TakNak! ini!  

Kalau orang nak join photo contest  dan nak dapat duit free , korang boleh sertai photo contest yang sedang dianjurkan oleh pihak Kementerian Kesihatan bersama Nuffnang.

5 ulasan:

  1. klu perokok tegar ni,mmg susahlah nak makan nasihat...

    BalasPadam
  2. saya memang tak boleh dekat sangat dengan perokok, sebab saya ada lelah

    BalasPadam
  3. GOOD LUCK yea kak....jom kita amalkan gaya hidup sihat....

    BalasPadam
  4. kak ina...suami sy kat umah tak merokok tp bila pegi opis..bila balik umah je baju bau rokok...
    staff opis ramai merokok...merokok lak dlm opis berhawa dingin....
    ditegur langsung tak dengar...
    padahal semua dah berumur..dah pangkat pakcik...
    alahai....terseksanya saya disini kak..hari2 sedut asap rokok

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...