OOO

Isnin, Januari 23, 2012

Akak Dah Gi Johore Premium Outlets

 
Johore Premium Outlets  dibuka dengan resminya pada bulan Disember
oleh  Prime Minister of Malaysia. Kat sini korang boleh beli barangan berjenama yang korang minati dengan harga diskaun yang dikatakan berbaloi-baloi dan terdapat  lebih  dari 80 stores.

JPO ni 2 tingkat, tapi jangan risau sebab ada tangga bergerak. Oleh kerana masa terhad, kami cuma masuk store yang tertentu sahaja.  Tu pun dekat sejam lebih kami kat sini. 
Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari tempat ni memang ramai di kunjungi oleh rakyat malaysia dan singapore.  Kami singgah sini masa nak ke USS bulan lepas. Oleh sebab tempat ni baru di buka terasa ramai sungguh orang.  

Bila kami sampai dah nak dekat pukul 1.00 tengahari..tempat makan penuh orang beratur. Yana nak belanja makan aiskrim Baskin Robbins tapi quene panjang giler..langsung tak beli sebab takut tak sempat gi rumah member blogger yang dah bersusah payah siapkan makanan tengahari.
Panjang gak barisan nak masuk  ketempat jenama orang kaya ni...wah kakak kat depan ni mesti loaded ek.  Buat masa sekarang, akak tak mampu nak beli..cuma tenguk ajer dari luar ajer.  Nak pegang pintu tu pun tak berani.

Ada lagi 2-3 lagi store jenama antarabangsa (Burberry)yang panjang barisannya.
Ada gak kanak-kanak ribena yang mandi kat sini pakai pampers..cuaca panas sangat kot..mak ayah dorang biarkan ajer dorang main kat situ.  Kelakar tenguk ragam dorang.

Akak dan anak-anak berpisah sebab masing-masing nak tenguk store yang berlainan.  Orang muda mana nak sama taste dengan mak dia kannn..akhirnya Ira terbeli gak beg sekolah kat store NIKE kat sini.  Dia ada duit biarlah dia nak beli.

Memang niat di hati nak beli handbeg baru..sebab beg yang akak beli dah putus tali.  Bila tenguk harga berpadanan dengan duit dalam dompet akak pun terbelilah satu.  Masuk gak tenguk handbeg Guess dan Bonia tapi terbeliak biji mata bila tenguk harga.  Nantilah dah kembung dompet baru boleh beli.
Parking memang luas tapi masa nak bayar payah nak jumpa mesin bayar parking tu..tak ada sign boardlah..jenuh gak Firdaus gi mencari.  Bayaran RM3.00 sekali masuk..tak taulah akan datang berapa?

Kalau ikut highway Plus memang tak sesatlah sebab ada sign board..tapi tak tahan beratur nak masuk tempat parking.  Banyak keta dari singapore masa akak pegi.  Biasalah orang Singapore kan suka beli belah kat Johor sebab duit tukaran dorang besar kan.

Alamat
Johor Premium Outlets
Jalan Premium Outlets
Indahpura 81000 Kulaijaya
Johor Darul Takzim, Malaysia
Phone: (607) 663 1188

Info lebih lanjut kat premiumoutlets

16 ulasan:

  1. beli beg mahai2 pon kena q hehe

    nmpk ala2 obersea

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    nak masuk ke kedai berjenama tu kena beratur...
    tak ada can la... nak tenguk2, pegang2 ...he he

    BalasPadam
  3. mcm tak user frenli plak JPO nih.. husband sy beria2 ajak xtau ape yg dia nk tgk sgt.. sy nih kalu xkembong wallet mmg malas nk pg haha.. lagikpn bile xkeje nih xdek keperluan plak nk beli henbeg or kasut baru.. tp insyaAllah singgah gak nnti ke sini.. (eh ye ye je ckp xdek bende nk beli tp nk pg gak haha)

    BalasPadam
  4. teringat plak factory outlet kat UK...

    BalasPadam
  5. tapi saya tgk kat jpo ni semasa nak masuk ke kedai2 je berbaris panjang, di counter pembayaran lenggang.maknya majority cuma tengok je

    BalasPadam
  6. Terima kasih di atas perkongsian. Maklumat yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Salam perkenalan. Assalamualaikum.

    BalasPadam
  7. huhu akak dah sampai.. yg dop JB nie xberpeluang pergi lagi.. biarpun duit xbnyk janji cuci mata.. hehe

    BalasPadam
  8. bilalah plak saya nak sampai sini !nak kumpul wet banyak banyak dululah baru best gi sana kan !

    BalasPadam
  9. salam rindu kakina cayang..amboi dh sampai dh ke JPO ni ek..kita br berangan nk ke sana..uish mmg murah betui ke kak??

    BalasPadam
  10. Salam Kak Ina,
    Kami pun ternanti nanti nak datang ke sini. harap2 harganya berpatutan lah di sana. Bestnye! :)

    BalasPadam
  11. usaha yang bagus untuk perbanyakkan lagi pusat beli belah kat johor nie...secara tak langsung dapat beri peluang pekerjaan....

    BalasPadam
  12. Kulai Jaya? maknanya bukan JB la ye? jauh dari bandar tak? kalau setakat nak tengok2 je, baik takyah masuk tp kalau dah tersinggah tu, baik masuk.
    Ada juga tandamata kak ina pi sana kan...

    BalasPadam
  13. akak rajin benar bawak anak2 berjalan ye kak...

    BalasPadam
  14. teringin gak nak pergi kak..dah katanya murah kan

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...