Kenduri kesyukuran kecil kecilan ni diadakan pada hari Sabtu lepas. Kami buat kenduri ni sebab ada 3 perkara penting yang telah tertunai hasrat di hati akak. Antaranya ialah bila Imran yang tak ada problem masa bersunat, Russhdi dah selamat sampai ke tanahair dan Ira yang mendapat keputusan peperiksaan PMR yang agak baik juga.
Kebetulan Yana pulang bercuti jadi hati merasa gembira bila semua anak ada di rumah walaupun suasana riuh rendah dibuatnya.
Oleh kerana masak sendiri banyaklah kerja yang perlu di buat dari pergi beli barang mentah hinggalah bersihkan ayam sebanyak 20 ekor akak buat dengan pertolongan mak dan kakak long berserta anak-anak.
Terima kasih kepada jiran-jiran yang sudi hadir pada hari tersebut.
Terima kasih juga kepada ipar duai yang datang dari Nilai, Melaka, Kelang dan Cheras
Wife matjoe dan Wife eyriqazz sedang berbincang tentang apa akak tak tahu sebab akak sekali sekala borak dengan mereka. Mungkin bercerita tentang hal anak-anak ataupun bidang kerja masing-masing sebab kedua-dua mereka guru sekolah.
Geng Tali Baruts yang dapat hadir iaitu daydeck, eyriqazz , matjoe dan Jejai yang datang bersama anak-anak. Yang lain tak dapat hadir di sebabkan ada hal al maklumlah cuti panjang kan. Terima kasih yer sudi hadir termasuk Bean ..maaflah lupa nak ambil gambar sebab dia orang kedua penghabisan datang.
Anak buah dari Cheras yang masih solo...sape nak berkenalan kena jumpa akak dululah..suami jemput juga orang surau dan juga abang posmen yang kebetulan tengah hantar surat.
Anak Mat Joe yang keletah Hasannah..suka dengan telatah dia
Adik ipar sedang mengunyah apam polkadot yang sedap yang diberi oleh tetamu.
Maaf jika ada yang terkurang dan jika akak terkasar bahasa kepada semua yang hadir. Besar hati akak sebab ramai juga yang hadir. Terima kasih sekali lagi.
alhamdulilah. tertunai hasrat hati akak.
BalasPadamselamat tahun 2012 kak ina.
perut eyriqazz dah mcm perut saya
BalasPadamhehehehehhe
kesyukuran 3 dalam 1 ni.. Selamat Tahun Baru, 2012, moga tak terlambat wish..heh
BalasPadamalhamdulillah,.. moga tahun 2012 lebih cemerlang.. sejuk mata akak kan bila melihat anak2 berjaya kat depan mata...
BalasPadamWkmsalam kak Ina, terima kasih sudi jengah lg dapur Ummi tuh.. Aah la kan, biasalah org memandang x sama, dia jek yang betul dan baik hati, wpun selalu menuding keburukan orang, hanya teman2 yang memahami jek yang jadi penguat semangat... :)
BalasPadamalhamdulillah,kak....syukur sgt2 kn? amboi! eyriqazz... mrs dier or dier peknen tuh? hahaahahaa...
BalasPadambest2. saya suka ayam goreng berempah itu. dan sambal sotong jugak
BalasPadamkalau ada air di bilik mandi
bolehlah hasanah dan irfan tumpang mandi
kalau ada lagi rezeki
boleh la kita berjumpak lagi
seronok tengok akak dan anak2.. harap anak saya macam anak akak jugak, bagi kegembiraan untuk mak ayah.. :)
BalasPadamLaaa.... yana pun ada gak ke...kalau tahu saya sambut dia kat airport...hehehe...anak buah akak tu pun cantik jugak yea...yg tak pakai spek tu tau...
BalasPadambestnya buat kenduri masak sendiri... seronok tgk...!
BalasPadamAlhamdulillah selesai sudah..
BalasPadamwah...rapat jugak ye semua geng blogger ni. saya tak ada kawan blogger pun...sob sob.. sudikah kak ina.....
BalasPadam