OOO

Khamis, Februari 16, 2012

Apam Snow White Yang Cunnnn

Ada kawan peminat pinggan mangkuk lama panggil apam bunga kangkung sebab guna acuan bunga kangkung.  Tak kisahlah apa-apa pun janji sedap..

Resepi ni akak ambil dari SINI..terima kasih yer
Bahan-bahan
    * 3 cawan tepung beras
    * 1 cawan tepung gandum
    * 2 cawan gula pasir
    * 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)-akak guna mauripan
    * 2 cawan nasi
    * 3 cawan air
    * 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
 
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
.
2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul halus.
(akak kisar dgn sedikit air dulu bagi halus baru msk kesemua air)
3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
(guna whisker lebih mudah-ikut stail madiha).
4. Perapkan adunan selama sejam.  (perap hampir 2 jam.. apam lebih lembut-ikut stail madiha

Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.

6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. 
7. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda atau sirap ros.  Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .


p/s akak bahagikan kepada 2.  Satu bahagian akak warnakan guna pewarna esen ros dan satu lagi warna asal.
Akak tuang guna calong sebab bekas tu kecik sangat. 

15 ulasan:

  1. sedapnya.. senang jugak resipi kak ina ni.. tapi bahan pulak tak cukup.. tqs for sharing kak ina..!!

    BalasPadam
  2. Apam beras ni feveret saya. Kak ina, ibu roti tu guna yg mauripan tu ke? Dalam bentuk serbuk tu campur je ke sekaligus? Pastu kenapa kalo buat makanan yg guna ibu roti kena tutup dgn tuala basah?

    BalasPadam
  3. Tak penah makan lg, nampak cam sedap tp nak buat tak reti :)

    BalasPadam
  4. Memang terliur sungguh tengok apam ni kak ina, dah lama tak makan. Thanks for the recipe..

    BalasPadam
  5. wahh...dah lama xmkn ni.. sedapnya!!

    BalasPadam
  6. akak acuannya antik la....mak dulu ada...huhuhu.
    apamnya lak gebu sangat..... best

    BalasPadam
  7. terbau2 keharuman apam tu la..adoi..malas nak membuat, sedap nak memakannya :p hehehe

    BalasPadam
  8. tepung beras saja tak boleh ke? kena nasi jugak?

    BalasPadam
  9. hi jolene..tak jadilah kalau tak guna nasi sebab nak peram dengan yis ..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...