OOO

Rabu, Februari 15, 2012

Rahsia Hati Norish Karman


Kami di jemput ke sini  pada Ahad yang lalu.  Ditemani oleh GTB  daydeck86 dan PA/manager/anak akak, kami sampai dalam pukul 2.30 petang kat sini.
 
Sepetang bersama NK ..sesi dimana kami dapat mendengar Norish  Karman (NK) menyanyi di depan  hadirin tanpa miming.  NK telah menyanyikan 3 buah lagu dari album beliau dan salah satunya ialah Kasihku Selamanya dan juga Rahsia Hati .
 
 sudah semestinya laga-laga pipi
Norish Karman  yang memiliki paras rupa yang cantik, petah berkata-kata dan mempunyai aura pesona tersendiri telah dilahirkan pada 11 Mei 1974 di Singapura.  Pernah terpilih mewakili Singapura dalam dua pertandingan serantau iaitu Miss Asia dan Miss Asian.
 Amboi daydeck..semacam ajer pandang NK
Pada tahun 1994, Nk pernah menghiasi muka hadapan Majalah Jelita dan bermulanya kerjaya NK dalam bidang lakonan apabila pengarah Sayang Salmah, Mahadi J. Murat telah menawarkan watak Salmah kepada beliau dalam filem Dayang Salmah
Lakonan  NK yang berkesan telah mendapat perhatian ramai dimana filem Sayang Salmah telah menggondol 8 anugerah di Festival Filem Malaysia 1995 termasuklah filem terbaik.
NK yang pernah mencipta fenomena menerusi drama bersiri paling popolur di TV3, Spa Q dan Spa Q2 sebanyak 120 episod.  Selain itu,NK telah terlibat dalam dua teater di Istana Budaya iaitu  Teater Muzikal Terima Kasih Cinta (Mac) dan Monodrama(Disember).

Walaupun di landa dengan berbagai-bagai kontrovesi, NK bersikap professional dengan tidak membuat sebarang kenyataan balas.
 Tahun 2012, NK memfokuskan kariernya dalam bidang nyanyian pula yang sebenarnya merupakan jiwa NK.   Pada tahun 2006, NK telah  berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Vokal (R&B) di ‘World Championship of Performing Arts’ di Los Angeles.
Dengan terhasilnya sebuah album singlenya yang pertama dimana memuatkan 6 buah lagu, Norish Karman mengakui kewujudan album ini adalah sebagai satu usaha untuk mencuba sesuatu yang baru selepas kejayaanya di ‘World Championship of Performing Arts’ di Los Angeles. Disana, dia telah berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Vokal (R&B).
 
Norish Karman telah berjaya menghasilkan album single-nya yang pertama yang mengandungi 2 buah lagu berjudul ‘Terus Melangkah (feat Filsuf)’ ciptaan Damien dan juga ‘Rahsia Hati’ ciptaan Julfekar. 
 blogger dan kamera tak boleh dipisahkan...ada gak yg rakam NK nyanyi lagu
Kedua-dua buah preview single pertama Norish sudah boleh ditonton di laman Youtube namun album penuhnya akan dilancarkan pada pertengahan 2012.

Apa pun, mari kita dengar dan tonton preview muzik video ‘Rahsia Hati’ selepas ini!  Bila NK nyanyi kat depan kitaorang..waduh macam tak percaya..


Ni pula lagu preview lagu Pencinta

Cam biasa mestilah ambil gambar berdua..ingatkan 
NK ni kekwat rupanya PR dia memang bagus.
Ramai-ramai sebut Bluweek...yang akan menjadi sebutan bagi fanclub NK..
 bloggers yang hadir..hi seronok jumpa korang semua
Wah manager  akak pun nak gak..
Korang tenguklah apa yang NK isi dalam kotak...jajan kanak-kanak ribenalah..lain dari yang lain kan


Terima kasih buat GTB yang punya kamera besar  daydeck86.com
 

11 ulasan:

  1. Ada satu gmbr tu, NK nmpak mcm Linda Onn.

    BalasPadam
  2. serooonookkknya...!!! nak jajan jugak..!! maintain betol NK tu..

    BalasPadam
  3. rupanya NK ni muda dari kakyong lagi... cantik lah dia.. rasanya kalo dia slim sket, better.. ;)


    www.kakyong.com

    BalasPadam
  4. wah sonok ye kak ina men laga laga pipi..hiihih...

    BalasPadam
  5. hurmmm....rugi betul la tak dapat jumpa NK nie... nak jadi geng bluwwekk gak lah...hehehehe

    BalasPadam
  6. memang jelita la NK nih....kak Ina pun apa kurangnya...suwittt gitu

    BalasPadam
  7. waa..beshnya akak dapat join event NK..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...