OOO

Jumaat, Februari 10, 2012

SAKSIKAN UEFA EURO 2012 UNMISSABLE DI ASTRO


Pagi tadi akak telah menghadiri majlis Pelancaran UEFA Euro 2012 Unmissable di The Bee, Solaris setelah menerima jemputan dari pihak Astro.  

Berita baik untuk  kaki bola!!!!

Penyiar Rasmi Kejohanan UEFA EURO 2012 di Malaysia, ASTRO, akan membawakan liputan penuh dan menyeluruh KESEMUA 31 perlawanan SECARA LANGSUNG dengan 12 SIARAN LANGSUNG perlawanan secara EKSKLUSIF di Astro; termasuk dua (2) perlawanan Suku Akhir dan satu (1) Separuh Akhir, dan liputan kesemua perlawanan England dari 8 Jun – 1 Julai 2012.


Sempena dengan kempen ‘Unmissable’ UEFA EURO 2012 ASTRO, kaki bola boleh menyaksikan pertandingan bola sepak terbesar Eropah menerusi 5 saluran SD Interaktif khas [untuk pelanggan Pakej Sukan ASTRO] dan juga 5 saluran HD Interaktif khas [bagi pelanggan Pakej Sukan ASTRO yang menggunakan landasan ASTRO B.yond] dengan ciri butang Merah interaktif. Ulasan dan sari kata dalam Bahasa Malaysia untuk Siaran Langsung perlawanan terpilih juga disediakan menerusi saluran ASTRO Arena. 
 
 Sementara itu, pengalaman mengikuti UEFA EURO 2012 ditambah baik lagi dengan liputan menyeluruh ASTRO menerusi TV (HD & SD), Radio, kegiatan di lokasi dan dalam talian. Laman web www.stadiumastro.com juga akan memuatkan maklumat terkini dan paling lengkap mengenai UEFA EURO 2012 untuk tatapan peminat.

Buat pertama kali pada tahun ini, ASTRO memperkenalkan SPECIAL PASS TO EURO 2012 (PAS ISTIMEWA EURO 2012) yang boleh didapati bermula 1 April 2012. Para pelanggan ASTRO yang tidak melanggan Pakej Sukan ASTRO boleh turut serta mengalami pengalaman menonton UEFA EURO 2012 tanpa perlu melanggan Pakej Sukan ASTRO menerusi PAS ISTIMEWA RM50 untuk mendapatkan akses ke 31 perlawanan siaran langsung. 

 
Kami gembira kerana memperkenalkan tanda aras industri baru dengan meluaskan liputan UEFA EURO 2012 kepada pelanggan yang tidak melanggan Pakej Sukan ASTRO melalui SPECIAL PASS TO EURO 2012. Ini merupakan satu lagi mercu jaya sulung daripada ASTRO, menawarkan nilai yang boleh dimanfaatkan oleh semua pelanggan mengikut keperluan, pilihan dan kemampuan masing-masing,” kata En. Lee Choong Khay, Naib Presiden Perniagaan Sukan, ASTRO.

Untuk pelanggan Pakej Sukan ASTRO yang telah  melanggan sebelum 31 Mac 2012, korang akan dapat menonton siaran sepenuhnya UEFA UERO 2012 tanpa sebarang kos tambahan.  (Wah hb akak tersenyum gembira bila tau berita ini.)
kredit pic : ciklilyputih
Bagi yang telah melanggan mulai 1 April 2012, korang boleh menikmatinya pada kadar yuran akses RM50.00 sahaja.   Korang jangan risau sebab ianya akan dipulangkan semula menerusi rebat selagi korang terus melanggan Pakej Sukan ASTRO sehingga 31 Jan 2013.

Dari kiri – Mr. Venu Ramadass (Channel Manager, Astro Arena), Mr. Lee Choong Khay (Vice President, Sports Business, Content Management Group, Astro), Mr. Henry Tan (Chief Operating Officer, Astro), Jason McAteer, (bekas pemain Liverpool) & David May(bekas pemain Manchester United)
 
Lee menyambung, “Kami menggesa semua peminat bola sepak yang mahu menyaksikan kesemua 31 perlawanan secara langsung untuk mendaftar awal dan menentukan tawaran yang paling sesuai dengan mereka. Kami berhasrat untuk membawakan kandungan sukan antarabangsa dan tempatan terbaik kepada rakyat Malaysia. Dengan menawarkan pengalaman menonton yang paling menyeluruh, meluas dan interaktif bagi UEFA EURO 2012, ASTRO kekal sebagai pilihan utama bagi semua kaki bola,” kata Lee.
 Imran dah bersedia..korang????


Untuk melanggan Pakej Sukan ASTRO, sila hubungi ASTRO menerusi talian 1300 82 3838 atau SMS ASTRO<jarak>No. Akaun Astro#SPORTS ke 32888* (contoh: ASTRO 0812345678#SPORTS)
*Caj telekomunikasi biasa akan dikenakan. Untuk Terma dan Syarat, layari www.astro.com.my

Untuk maklumat lanjut mengenai SPECIAL PASS TO EURO 2012 (PAS ISTIMEWA EURO 2012), sila hubungi ASTRO di 1300 82 3838.
 
Geng blogger yang hadir madammondoq , ciklilyputih dan wartawan NST makan-makan sambil pot pet...


3 ulasan:

  1. bijak betul astro buat duit....special pass untuk saper yang tak langgan SPORT CHANNEL...

    BalasPadam
  2. betul! ada je cara untuk astro ni dapatkn duit

    BalasPadam
  3. Nak tanya, knp sy tak boleh tengok secara live game Russia vs Rep Chech sedangkan sy dah langgan sport ni dh bertahun2? Bila petik channel 825 dia kuar channel redio. Plz help me!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...