Oleh sebab semua dah rasa bosan ashik makan masakan Padang, pada malam ke dua, kami singgah kat sini.
Batagor iaitu adalah makanan tradisional khas Jawa Barat yang dibuat dari tahu dalamnya di letak isi ikan yang telah di adun dengan ramuan tersendiri, dibalut tepung lalu digoreng.
Bahan yang digunakan untuk membuat siomay dan batagor hampir sama,
yaitu dengan ikan tenggiri, tepung kanji, tepung ubi dan tepung gandum. Bahan yang digunakan antara lain gula, garam, bawang putih,
bawang goreng dan penyedap rasa. Bahan pelengkap siomay adalah tahu,
kobis, peria, kentang, dan telur ayam rebus.
Kemudian di letak kuah kacang...lebih kurang macam rojak cuma bahan dan kaya memang rasa berlainan
Siomay pula dikukus bersama tahu putih, ubi kentang, potongan telur rebus dan di potong-potong. Kemudian di potong-potong kecil dan di letakkan kuah kacang sebelum di makan.
Bezanya antara batagor ialah bahannya di goreng manakala bahan siomay di kukus.
Bihun sup bebola daging..ala lebih kurang macam bihun sup dan di letak bebola daging tapi akak tak tahan bau bebola tu, pastu kuah sup kurang panas. Makan tak habis.
kebanyakannya harga makanan dalam RM3.50-RM4.00
sebelum makan kena perah limau tu..tapi semua tak nak..
jadi makan ajerlah beramai-ramai
wah... cam sedap jer kak... sy suka bihun bakso... ada satu tpt kat relau penang best kak bihun bakso dia...
BalasPadammcm sedap tengok rojak tu. kalu kat trg ada rojak ayam, sedapnyaa...
BalasPadamyuppp mama pun x suka bakso sbb baunya... x da selera nak makan macam bau lembu betul2 la..
BalasPadamJgn lupa belajar menu tu dan kemudian buat entry dlm blog ni.
BalasPadamBoleh la sesapa nak buat.
sodapnya..... bila le nak pi sana ni
BalasPadam