OOO

Isnin, Mac 19, 2012

Get Control With Libresse!

 
Akak gi event Get Control With libresse di Solaris Dutamas hari Selasa lepas.  Selepas pendaftaran semua yang hadir di beri pilihan untuk memilih 3 warna dan di bahagikan kepada 3 kumpulan.
 
Emcee untuk event ini  ialah Ean dari Hitz.fm..
Kami diberi peluang main games dengan duta Libresse iaitu Adibah Noor, Vanessa dan Pamela. Ketua kumpulan PINK ialah Adibah Noor...akak dalam kumpulan beliau.  Seksa gak nak selesaikan silang kata ni.
Games ke 2..teka bahasa isyarat..pasal lagu dan filem
Bila tiba game teka bau..peserta lelaki kumpulan pink tak dapat memberi jawapan yang betul.  

Ishhh tak leh jadi ni.  Akak pun memberanikan diri gi ke atas pentas sebab masa ni kumpulan kami jatuh tempat ke 3 aka last.
 Aiseyman kalau rajin masak tak pandai teka bahan masakan mana boleh kan..drop my water face nanti. Ala kacang ajer ..akak dapat jawab jam tu jugak...riak nyaaaaaaaa
Kalau nak tau jawapannya..tenguk adibah panggil akak apa?

Walaupun kumpulan Pink kalah, tak kisahlah..
janji kami happy..

Pernah dengar tak slogan ini?

"Absorption is nothing without fit"
"Kemas selesa, serapan sempurna."  

Korang pernah dengar tak tuala wanita yang boleh menyerap bau period? 

Ataupun yang boleh mengeluarkan haruman teh hijau menyegarkan?

Sekarang ini  Libresse telah punmengeluarkan ® PUREFRESH GREEN TEA ODOR CONTROL yang boleh mengawal bau yang tak menyenangkan.
Produk terbaru ini dilengkapi ciri-ciri seperti OdorSeal, yang membantu mengawal bau tidak menyenangkan sementara pati teh hijau membebaskan haruman menyegarkan. Sesuai untuk mereka yang hilang keyakinan diri apabila rasa diri berbau ketika datang haid.
Libresse BM colour 1024x869 Get Control dengan Libresse!

Oleh sebab akak pengguna setia Libresse akak tau yang kesemua tuala wanita Libresse® direka khas mengikut bentuk tubuh badan iaitu – Secure Fit™ dan Deep Flow Channels (DFC)™.  

Ala biasalah kan wanita ni ada badan saiz S, M, L, XL dan double or triple L ..jadi korang boleh pilih yang mana sesuai k..

Tuala wanita  cepat menyerap cecair terus ke dalam pad sekaligus mengelak kebocoran terutama bila period tengah banyak.  Kedua-dua ciri ini bergabung bagi menghasilkan konsep Libresse ‘Kemas Selesa, Serapan Sempurna’.
 
Duta Libresse yang hadir Pamela, Adibah dan Vanessa

Mengikut pengalaman akak, bila pakai Libresse memang tak pernah tembus lagi macam dulu.  Tentu rasa malu kan bila tertembus dan terkena baju dan tak selesa bila ianya terjadi.

Harganya yang murah memang mampu di beli oleh semua wanita.
 
 rugi kan tak ambil gambar dengan Pamela dan
 Vanessa..dua adik beradik yang cunnn
cisss blurrrrlah pulakkkkkk
alahai Adibah tak nyanyi hari itu..
suka dengan nyanyian beliau
 kami yang sentiasa happy dapat gi events nisa, Ella ,Afra
Ruby, Jard, PM dan seorang blogger yang first time jumpa

Apa tunggu lagi..jomlah kita beli  Libresse® bila kita memerlukannya.  Semuanya boleh didapati di kebanyakan pasar raya, kedai serbaneka, farmasi, pasar mini dan kedai runcit di seluruh Malaysia pada harga RM3.30 bagi pek biasa dan RM5.80 bagi pek besar. Murah bukan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.libresse.com.my atau  di Facebook di http://www.facebook.com/LibresseMalaysia.
 Ira yang first time ikut akak gi event..

p/s dulu-dulu masa muda malu nak beli ni kan..mesti suruh balut dengan suratkhabar..sekarang ni..relax ajer bawa.

9 ulasan:

  1. kak. memang librese ni bagus. dan sagt ekonomik lagi2 utk student! murah dan yg pnting selesa dan selamat!

    BalasPadam
  2. tk try lg libresse , duk pakai brand yg sama dr dulu....huhu~ nnti nk try tukr kpd libresse...


    cubalah ~

    BalasPadam
  3. skang nie brand tuala wanita dah giat buat promosi sana sini...its all about business kannn...

    BalasPadam
  4. hazman: guna libresse....cubalah..opsss

    BalasPadam
  5. ala.... apa yang akak malu2 ni? beli dan bawa saja lah..

    BalasPadam
  6. Hahaha akak daun pandan,
    Yelah,ms kecik selalu belikan mak saya sanita balut kertas.pelik jugak,nape lah kn balut,kecik tak paham ;)

    BalasPadam
  7. Dalam ramai2 di gambar di atas,saya rasa yang paling cool adalah adibah noor dan juga sorang akak yang bawak beg besar yang nampak cam garang tu...

    Hik3...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...