OOO

Khamis, Mac 15, 2012

Pengalaman Melawat Kapal KD Mahawangsa Di Lumut

Betul tekaan seorang pembaca blog, Atty yang berjaya meneka kami bercuti ke Pulau Pangkor.  Sepatutnya kami pergi pada bulan Disember tahun lepas tapi disebabkan Imran tak baik lagi dari bersunat, terpaksalah di tangguhkan ke cuti persekolah kali ini.

Yang buat lebih seronok percutian kali ni kerana bapa kawan Firdaus ajak kami naik ke kapal KD Mahawangsa yang berpengkalan di Lumut.  Pucuk di cita ulam mendatang..orang dah pelawa kami tak lepaskan peluang nak naik ke atas kapal ni walaupun tak bergerak/berlayar.
 
Selepas makan laksa dan solat di rumah beliau kami di bawa ke sini.  Nak masuk ke dalam bukan senang..kena melepasi 2 pondok pengawal terutama nak masuk kat tempat kapal berlabuh.

Terpegun melihat kapal-kapal kepunyaan TLDM yang berlabuh di sini.

 Imran yang bercita-cita nak menjadi seorang tentera merasa happy dapat naik atas KD Mahawangsa..bukan Imran sajer ..kami semua merasa seronok sangat
Oleh sebab Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kepten Jamel Abdul Rahman(bapa kawan Firdaus) sibuk dengan urusan, beliau cuma dapat bawa kami masuk ke dalam pengkalan dan naik ke atas kapal dan memberi taklimat serba sedikit mengenai kapal KD Mahawangsa ini. 

Kemudian tugas beliau di ambil alih oleh seorang pegawai TLD (lupa lak nak tanya nama dia) bersama 2 orang anak beliau.
KD Mahawangsa merupakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia yang berperanan sebagai kapal sokongan pelbagai peranan seberat 4,300 tan dan sepanjang 100 meter yang berpengkalan di TLDM Lumut di Perak, Malaysia. Ia dinamakan sempena Merong Mahawangsa, lagenda pengasas kerajaan Kedah Tua.
Info selanjutnya di SINI
 
Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kepten Jamel Abdul Rahman berkata, kapal yang berusia hampir 30 tahun itu kini lebih baik menerusi pelbagai perubahan dan penambahbaikan. 
Jangan tak tau... Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatat sejarah tersendiri sebagai kapal pertama di negara ini yang dianugerahkan persijilan ‘5 S’ oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
 KD MAHAWANGSA mampu bergerak dengan kelajuan 16.5 knot dilengkapi dengan persenjataan berat, radar dan keupayaan kargo dalam jumlah yang besar.  

Kelengkapan dan persekitaran kapal yang dijaga rapi, pegawai dan krew kapal yang peramah dan kejayaannya dalam menyertai pelbagai misi dalam dan luar negara menjadikan kapal tersebut layak dinobatkan sebagai THE BEST DAMN SHIP IN THE NAVY...

Pensijilan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC, Mohd Razali Hussain kepada Jamel Abdul Rahman di atas kapal KD Mahawangsa di Pangkalan TLDM di Lumut pada Khamis. Pensijilan ‘5 S’ merupakan sistem amalan persekitaran berkualiti iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.
Sumber : SINI
Kami di bawa melawat bilik  operasi, pejabat Kepten tapi tak boleh ambil gambarlah.  Bangga gak dapat masuk ke tempat kereta kebal di tempatkan..fuh besar sungguh..puas gak naik tangga turun tangga..nasib baik tak pancit
 Yang bestnya kami dapat masuk ke tempat sini.. tempat rehat pegawai TLDM
 bagi air minum lagi..wahhhh memang terbaikkk lahhhh..legaaaaaaaaaaa

Terima kasih banyak-banyak kepada Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kepten Jamel Abdul Rahman yang sudi membawa kami melawat kapal KD Mahawangsa.  

Jangan lupa terjah blog kdmahawangsa.com

13 ulasan:

  1. syok nyer...mmng rugi kalau tak bergambar kt atas kapal ni.....

    BalasPadam
  2. saya patutnya awal bulan march , pergi pangkor..tp kensel.atas sebab2 tertentu..

    beshnya naik kapal ni..oneday harus bawak firdaus

    BalasPadam
  3. ala jelesnya tgk blh naik kapal tue....best kan kak?

    BalasPadam
  4. wah tengok cetak rompak..haha
    masa belajar kat perak dulu selalu gak datang lumut.. tapi untuk karok.

    BalasPadam
  5. wah best...
    last time dtg lumut ni naik kapal gak..tapi time tu dgn rombongan sekolah..hehehe

    BalasPadam
  6. Syoknya. Mesti akak rasa kagum dan nampak kapal tu gah je dari luar kan?

    BalasPadam
  7. wah...best kan kakinakl...PM Kapal tu kawan kite n hubby...

    BalasPadam
  8. mmg bkn senang org awam nak naik ke kapal tu...nak masuk area depa pun susah..kiranya bertuahla kak ina ye..:)

    BalasPadam
  9. seronok gak dapat pi.....lain kali jangan lupa ajak ya

    BalasPadam
  10. sempi la kak... attachement gambar siap ada 'wording' ...nice...

    BalasPadam
  11. wah best nye dpt bergambar dgn kapal tu....rasa mcm belayar di lautan yg luas plak.

    BalasPadam
  12. Tak penah pegi lagi. Nampak menarik.
    Manala tau nanti ada masa kesana.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...