OOO

Rabu, Mac 07, 2012

Rendang Itik

Dah lama rasanya tak masak rendang itik, kalau nak makan pergi makan kat Restoran Haji Shahrin Low di Bukit Antarabangsa.  Beli gi jejalan kat JJ Taman Equine terjumpa pulak itik, harga tak mahal sangat pun.

Akak rebus dulu daging itik dengan p/cooker nak bagi cepat empuk dan masukkan 2 helai daun salam masa merebusnya untuk menghilangkan bau hamis.
Bahan-bahan
  • 1 ekor itik-di potong 12
  • 1 1/2  sudu makan jintan manis*
  • 1 1/2 sudu makan ketumbar*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 1/2  sudu kecil lada hitam*
  • 15-20 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang serai-3kisar- 2 titik hujung
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
  • 1/2 kg  santan pekat (beli yang kira kg ajer)
  • sedikit air-nak lembutkan daging itik
  • 1 keping asam keping
  • sedikit minyak
  • garam
 Cara-cara
1.  Bersihkan itik dengan tepung gandum, bilas dengan air  dan toskan.  Masukkan dalam p/cooker dan masak dengan api perlahan selama 20-30 minit.
2.  Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *.  Kisar dengan sedikit air.
3.  Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup bersama 3 batang serai.
4.  Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan no 2.
5.  Biarkan berbau wangi dan kacu selalu dan masukkan pula itik. Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk.  (klu guna p/c x pyh ikut step ni yer)
6.  Kacau dan masukkan santan pekat, sekeping asam keping  dan sedikit air.
7.  Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
8.  Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam dan rasa.
9.  Bila dah agak pekat, kecilkan api..takut hangit...dan kacau selalu sehingga kering.(akak gunakan kuali non stick sebab tak melekat kat kuali)

Makan dengan nasi panas, nasi impit dan lontong pun boleh

10 ulasan:

  1. sedapnya,pia dah pandai mkn itik hehe

    BalasPadam
  2. Ada balance lagi tak ni? Okies..Lunch nanti saya singgah....

    BalasPadam
  3. peberet ayah org ni rendang itik. Dia selalu wat masak rendang rembau (cili padi kuning tu)... Daging itik sedap kan kak... kenyal :)

    BalasPadam
  4. sedapnya... dulu kat kg selalu dapat makan rendang itik nogori sembilan punya..mak angkat selalu buatkn

    BalasPadam
  5. itik kalau tak nak rebus dulu tak pe ke kak?

    BalasPadam
  6. setakat ni tak pernah lagi makan itik, yang pernah pun makan maggi perisa itik.

    BalasPadam
  7. tak pernah makan.. tapi pasti lazat ni.. nak jugaaakkk..!!

    BalasPadam
  8. Pernah makan daging itik.. tapi daging dia liat sikit.. ;)

    BalasPadam
  9. Salam Kak Ina...Ermmmmm nampak sedap tapi x makan itik, sebab time kecil-kecil Azie kena sudu dengan itik huhuu..

    BalasPadam
  10. Nampak sedap. walaupun saya bukan penggemar itik tapi kalau ada saya bedal saja.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...