Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Tahun 2012 adalah merupakan Tahun Melawat Perak (TMP).
Pulau Pangkor juga merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Selain dari aktiviti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing di sini juga ada aktiviti lain pada waktu malam di Pantai Telok Nipah.
Di sini ada pasar malam yang menjual bermacam-macam barangan cenderamata, makanan serta minuman.
Anda juga boleh melakukan aktviti berbasikal, memancing ikan dan juga mencandat sotong.
Selain itu Pulau Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi dan dah tentulah semua makanan laut yang di jual di sini adalah segar-segar belaka.
Kami tak melepaskan peluang menikmati makanan laut di Pantai Teluk Nipah bersama-sama ramai lagi pengunjung dan pelancung di sini.
Ikan ini menjadi pilihan untuk di bakar dan di makan bersama air asam. Tapi tak ingat apa nama ikan ini, pertamakali akak tenguk dan nak merasanya.
Ikan dan sotong yang telah di pilih, kami suruh penjual tu bakar sahaja dengan bara arang dan setelah masak, disiram pula dengan sambal yang sedap.
Harum semerbak bau ikan yang sedang di bakar membuatkan perut merasa lapar dan tak sabar nak menikmatinya
Makanan laut yang di makan panas-panas memang sedap sambil menghirup udara segar di tepi pantai di waktu malam. Puas hati sebab semua makanan yang dihidangkan memang kena dengan tekak kami sekeluarga.
Anak-anak makan ikan bakar sampai ke tulang temulang dek sebab rasa ikan yang manis dan sambalnya yang sedap. Jumlah semua makanan termasuk air tak sampai RM100.00..murah bukan
Bila perut dah kenyang, ada 2 orang penyanyi yang menyanyi lagu kesukaan pengunjung yang datang menyanyi dari meja ke meja.
Yang best sebab kami boleh pilih lagu kegemaran,
suami akak pilih lagu evergreen Hotel California
Wah Imran dan Fridaus pun ikut menyanyi lagu sama. Selepas tu mereka ajak kanak-kanak menyanyi ramai-ramai lagu kanak-kanak...satu bla bla..dua bla bla..sampai empat...(tak ingat pulak tajuk lagu ni)
Ada juga yang berkelah di waktu malam dan ada yang sedang memancing ikan
Selepas itu kami berjalan-jalan ke gerai yang ada di situ.
Best ker tak baca kisah akak ni? Kalau best, jomlah cuti sekolah ni bercuti ke Pulau Pangkor Malaysia
Jangan lupa vote blog akak melalui fb untuk 4 kategori
Jangan lupa vote blog akak melalui fb untuk 4 kategori
Bestnyer jalan - jalan..... ^_^
BalasPadamBestnyer.. lauk pauk pun segar..
BalasPadamsyoknye jd k.ina ni... k.ina buat la review kat area penang atau kedah. xpernah gi sana lg. teringin tp ntah bila kesampaian..duk umah mengulit pokok2 je le. anyway, sy da vote akak tau!hope menang key..
BalasPadamsaya tengah ngandung 7 bulan.teringin sangat ke pangkor semula..dulu2 masa bujang selalu gi sana. Orang kata pangkor dah maju sekarang nie..
BalasPadaminfomasi bagiuh
BalasPadaminsyAllah nti sy vote ye,xsmpt on9
bestnya akak!! hehehe
BalasPadamAssalamualaikum Kak Ina
BalasPadampernah pergi waktu siang ajer
nampak macam meriah ajer waktu malam
Myra ada gak dok p area sana tapi tak penah p pasar malam pun..
BalasPadamrasa berbaloi kan dapat makan ikan segar dan murah....
BalasPadamteringin plak nak cuba sotong bakar..
BalasPadamx penah try lagi... :)
akk tidur di mana ?
BalasPadamakak tidur di sandy beach..x best lah..baik kamu cari hotel lain
Padam