Setelah ketibaan  Dato Siti Nurhaliza maka bermula Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum yang berlangsung dengan  tema Masquerade Ball yang telah berlangsung Grand Ballroom Double Tree  by Hilton Kuala Lumpur pada hari Jumaat lepas.
Cuttenya  Hunnymadu sebagai MC 
malam tersebut pakai topeng kannn
Cuma 3 orang sahaja duta wangian SimplySiti Eau De Parfum yang hadir iaitu  Khairul Fahmi Che Mat, iaitu Penjaga Gol  Pasukan Kebangsaan Malaysia, SM Khalis SM Zul iaitu Ahli Perniagaan Muda  Naza Italia (tidak hadir), Adam Yahya selaku Pengarah Ibex Group dan turut  memperkenalkan wajah baru iaitu Leuniey Natasha. 
“Ketiga-tiga  mereka digandingkan bersama untuk tiga jenis minyak wangi SimplySity.  Minyak wangi itu untuk wanita, tetapi kita tampilkan ikon lelaki untuk  buat sesuatu kelainan,” katanya.

 “Siti cukup bertuah dan gembira kerana bukan sahaja Siti dapat  melancarkan wangian terbaru dari SimplySiti, Siti turut dapat berganding  bersama tiga lelaki berkarisma iaitu Apek, Adam dan juga Khalis serta  Leuniey Natasha di dalam komersial terbaru ini. 
Malah kini, Siti dan  SimplySiti dapat bersama dengan ikon, Mejar David Teo dan Majalah LISA  untuk sama-sama mencari bakat baru di luar sana yang bakal menjadi Ms.  Pure, Ms Precious dan Ms. Memoire berlakon dalam filem terbaru Mejar  David Teo. 
Kami bukan sahaja mencari bakat tetapi mencari bintang!”  Siti, Mejar David Teo, Izza Safinaz Ibrahim editor pengurusan Majalah  LISA serta pengarah-pengarah berkaliber sendiri akan turun ke padang  untuk menguji bakat kesemua mereka yang hadir di Roadshow nanti. 
 Antara mereka semua, 9 akan dipilih ke Grand Finale di mana 3 akan  menjadi pemenang dan bintang baru yang akan menyinar di bawah bimbingan  Mejar David Teo. Pemilihan Metrowealth (MIG) di bawah pimpinan Mejar  David Teo, amat bertepatan dengan misi SimplySiti Star Search. 
Terdapat dua cara untuk menyertai SimplySiti Star Search ini, melalui  Facebook di mana anda perlu memuat naik gambar anda dan mendapatkan  undian untuk ke ujibakat tertutup, ataupun hadirkan diri ke Roadshow  Ujibakat SimplySiti Star Search yang akan bermula di Berjaya Times  Square, Kuala Lumpur pada 24-29 April 2012, KB Mall, Kelantan 1-5 Mei  2012 dan Kompleks Pasir Gudang, Johor pada 22- 27 Mei 2012. 
 sorry aa ada muka cameraman kamera canggih..akak ambil guna kamera kecik ajer
Mereka yang  berminat hanya perlu membeli salah satu wangian SimplySiti untuk  melayakkan mereka menyertai.
Hadiah-hadiah menarik bakal diterima, selain menjadi pelakon terbaru  filem David Teo, Majalah LISA turut akan mempamerkan ketiga-tiga wajah  ini dalam cerita utama majalah mereka, pemenang juga akan bernaung di  bawah Metrowealth Pictures, turut mendapat wang tunai dan hamper dari  SimplySiti.
Untuk maklumat lanjut, layari www.simplysiti.com.my dan klik ‘Like’ di Facebook SimplySiti, Fanpage David Teo dan MIG Online
3 pasangan yang mewakil 3 tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire telah bertanding untuk memenangi hadiah dari SimplySiti.
Untung Farihad (tak silap wartawan) yang telah di jemput ke atas pentas dan Siti telah menyanyi sebuah lagu Biarlah Rahsia 

 Kek yang cantik tersedia untuk di potong 
Pasangan bahagia  Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin dan 
Dato' K sedang memotong kek
Gaya comel Leuniey Natasha dan  Dato’ Siti Nurhaliza
 wah..cikepal..classs gitewwww
Dengan harga RM 69.90 sebotol, ianya pasti menjadi wangian yang akan menjadi rebutan dan idaman setiap wanita.
Pic kredit : CikLilyPutih  






perfume sy rm30 je,hehe
BalasPadamperghhh nampak sgt exclusive minyak wangi dia.....
BalasPadamuntungla akak dpt p event cmni.
nampak meriah majlisnya, kak.
BalasPadamCantik baju mak iti.
BalasPadamboleh mohon share tak?
BalasPadamok ajer kalau mel nak share tapi jangan lupa bagi kredit yer..
BalasPadamwow bestnya akak!! sob sob sob!
BalasPadamcantiknya siti
BalasPadamKak... kalau tak silap perfume nie laku habis sebab APEK nie jadi duta....
BalasPadamwah.. glemer kau cik epal!!!! ahaksss...
BalasPadamAkak pergi sana? Perghhhhhhhhh~ Untungnya dapat jmpa dengan datuk siti :)
BalasPadambestnya kak... kalaulahh sha dpt jemputan sama...huhu
BalasPadam