OOO

Jumaat, April 06, 2012

Nilai Emas Dahulu, Sekarang dan Esok

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Heboh di perkata kat sana sini, orang sekarang ni sibuk buat pelaburan dengan emas disebabkan nilai barangan tersebut naik mencanak-canak. 

Ada yang beli perhiasan dan jongkong emas  di bank seperti  beli di kedai emas macam di Habib Jewel, tempat jual emas yang banyak sekarang ini dan Emas Sri Pinang.
  
Akak tenguk orang dulu-dulu dan orang Pantai Timur terutama di Kelantan memang suka beli emas banyak-banyak.  Terutama bila gi ke Pasar Siti Khadijah..wah berniaga di pasar pun boleh beli emas banyak-banyakkk..orang yang bekerja pun jarang beli emas sebab lebih suka bergaya dengan pakaian, alat solek dan tudung bermacam fesyen.  Terutama orang muda sekarang ni kebanyakkannya suka beli gadjet terkini..asiklah bertukar kononnya nak ikut peredaran zaman,

Memang betullah kata orang tua-tua dulu, baik beli emas dari simpan duit sebab nilai duit semakin rendah, nilai emas dan perak semakin tinggi.  Mereka kata kalau beli emas, boleh di gadai jika ada keperluan yang mendesak..tu sebabnya dulu kalau anak nak belajar mereka akan gi ke pajak gadai untuk dapatkan duit.  Tu cara orang dulu.


Sekarang ni, dorang beli  jongkong emas (99 persen emas) pastu simpan dan di jadikan pelaburan untuk jangka panjang.  Kalau beli jongkong emas, kalau jual di kedai emas pun mereka cuma tolak 8 persen sahaja tak macam perhiasan emas yang mereka akan tolak 18 persen pastu dorang gadaikan kat Ar-Rahnu Agro Bank  dan simpan kat situ sebab selamat simpan di bank dari di rumah.

Untung kan melabur dengan emas ni.  5-6  tahun lepas  harga emas baru dalam RM70-90pergram, sekarang ni dah naik sehingga RM190pergram.  Kalau 5-6 tahun lepas korang beli gelang  29gm baru dalam RM2,300, sekarang ni bila jual dah boleh dapat dekat RM4,000 tau.  

Adik ipar akak cerita barang kemas emak dia dulu yang cuma di beli dalam harga RM5,000 15 tahun lepas, bila di nilai semula di kedai emas dah boleh dapat RM25,000..terkejut beruk dorang tau.  Bila dah banyak camtu kenalah bayar zakat kan.  Zakat kena dalam RM400 lebih.




Akak tertarik bila baca kisah Pelakon Diana Rafar Kaya Kerana Emas. Erhmmm nak beli pun kena ada modal gak kan..kalau pinjam kat bank parahlah dibuatnya gak kan nak bayar bulan-bulan.

Agak korang, kalau melabur dengan emas untung ker idak? 
Kalau korang nak tenguk camner dorang Pajak Emas bolehlah ke SINI 
 

6 ulasan:

  1. laaaaa xtahu pulak kelantan yang banyak barang kemas . ingat pinang je. hehehe :)

    BalasPadam
  2. Masyih kak info baek punye...best jugak buat pelaburan cenggini tp taknak simpan kt umah takuuuuut...leh simpan kat bank kot ekk..
    Pasal gejet...tu mmg betul kak...kitaorg pun kena tempias tk tahan tgk mende canggih2 tu kak...godaan kuat nk TERbeli...

    BalasPadam
  3. Saya cuma ada 2 dinar emas sebagai simpanan saya. Memang masih sedikit rasanya. Mungkin akan ditambah jika ada rezeki. :)

    BalasPadam
  4. untung sangat kak .. abg ipor saya tiba2 byk duit sbb berniaga pelaburan emas ni , tp memang kena bijak juga melabur emas ni ..

    BalasPadam
  5. Zakat emas dikira jika cukup beratnya (dalam gram)...bukan nilainya dlm RM. Xkisahlah nilainya RM5,000 atau RM25,000, tetap kena bayar zakat jika dah cukup syarat2nya...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...