Pada bulan April yang lepas Norish Karman telah mengadakan majlis pelancaran album pertama beliau yang bertajuk “Terus Melangkah”.
Album ini yang telah menampilkan 6 buah lagu dan antara lagunya ialah ‘Terus Melangkah (feat Filsuf)’ ciptaan Damien dan juga ‘Rahsia Hati’ ciptaan Julfekar. Dengan terhasilnya sebuah album singlenya yang pertama dimana memuatkan 6 buah lagu, Norish Karman mengakui kewujudan album ini adalah sebagai satu usaha untuk mencuba sesuatu yang baru selepas kejayaanya di ‘World Championship of Performing Arts’ di Los Angeles. Disana, dia telah berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Vokal (R&B).
Norish Karman ataupun lebih di kenali NK turut menampilkan beberapa lagu yang pastinya akan membuatkan anda terhibur seperti “Pencinta” dan “Kasihku selamanya”. NK bernasib baik kerana ibubapa beliau sentiasa menyokongnya bila beliau sentiasa di landa gossip yang tidak menyenangkan.
Walaupun di landa dengan berbagai-bagai kontrovesi, NK bersikap professional dengan tidak membuat sebarang kenyataan balas.
Menurut NK lirik yang ditulis adalah merupakan luahan hati sepanjang perjalanan hidup beliau sepanjang berada dalam bidang seni yang diceburi semasa beliau masih berumur belasan tahun lagi termasuk juga kehidupan realiti beliau yang menempuh pelbagai rintangan dalam perkawinan beliau.
NK telah memotong kek sempena pelancaran album beliau bersama kedua ibubapa dan 3 orang anak kesayangan beliau yang hardy amieran, hanyz amanda dan haqiem armany.
Suka tenguk telatah anak perempuan NK..teruskan melangkah dan teruskan melangkah kehadapan dan hadapilah dugaan hidup dengan penuh sabar demi anak-anak tercinta.
Jika anda peminat setia NK, anda boleh dapatkan album terbaru beliau yang telah berada di pasaran. Anda boleh ke Official FB Norish Karman untuk maklumat lebih lanjut lagi.
pia rase dia better berlakon hehe
BalasPadampandangan dari org biasa2 je
Yang kak ina bergambar dgn NK geletek pinggang tu pelancaran album jgk kan?
BalasPadamhehe, mesti best dapat tangkap gambar kat pentas dengan artis
BalasPadamX pernah dengar lagi dia nyanyi..
BalasPadamsteady lah NK..!
BalasPadam