OOO

Jumaat, Jun 15, 2012

Jom Minum Varian Campuran MILO Baharu

 
Selain dari meraikan ulang tahun ke 100 di Malaysia, Nestle (M) Berhad turut memperkenalkan satu lagi inovasi produk dengan melancarkan hasil terkini mereka dalam 
 
Varian Campuran MILO: Varian Campuran MILO baharu  iaitu MILO Serat (MILO Hi-Fibre) yang berwarna Ungu, MILO Bijirin (MILO Cereal) berwarna Jingga  dan MILO Kurang Manis (Less Sweet) berwarna Biru Muda.

MILO Kurang Manis mengandungi 47% kurang sukrosa berbanding campuran biasa coklat/malt dan mempunyai semua kebaikan MILo dan kurang manis, serta kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat.

MILO Bijirin mempunyai kepingan bijirin yang sihat untuk menahan rasa lapar.  MILO Serat pula mengurangkan risiko perut kembung dan ketidakselesaan perut.  Ia mengandungi ACTIFIBRAS - iaitu serat makanan yang terbukti secara saintifik dapat membantuk mengekalkan sistem penghadaman yang baik.
Pelancaran yang telah di adakan di The Square, Publica yang di sertai oleh 200 kakitangan dan media oleh Don Howat, Executive Director of the Coffee & Beverages Business Unit, Nestle (Malaysia) Berhad dan Ng Su Yen, Consumer Marketing Manager for MILO, Coffee & Beverage Business Unit, Nestle (Malaysia) Berhad.
Untuk memeriahkan lagi majlis pelancaran, tarian aerobik profesional menjadi acara kemuncak yang melambangkan tenaga sebagai keperluan penting untuk semua orang memulakan hari mereka.
"Bagi pihak Nestle, ini merupakan satu penghormatan untuk memperkenalkan Varian Campuran MILO baharu dan bangga kerana kami terus relevan di kalangan pengguna di Malaysia.  
 
Sejajar dengan janji Nestle, iaitu 'Good Food, Good Life",  produk ini menjadi bukti kejayaan MILO dan komitmen Nestle dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan yang baik melalui kajian dan pembangunan bagi  memenuhi trend pengguna yang sering berubah, "kata Don Howat.
Varian Campuran MILO sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk dan mengandungi kebaikan yang sama seperti produk MILO yang lain seperti PROTOMALT : yang diperbuat daripada kebaikan penuh barli malt, iaitu campuran khusus karbohidrat dan ACTIGEN-E, campuran 8 vitamin dan 4 mineral dengan susu skim, semuanya ialah sumber tenaga yang unggul untuk diet seimbang.

Walaupun mengandungi kebaikan penuh tenaga dengan rasa malt coklat yang lazat, setiap varian mempunyai manafaat uniknya dengan gabungan kebaikan, semuanya memenuhi kehendak yang berbeza.
 
Semua tetamu yang hadir dapat merasai sendiri sampel minuman yang disediakan.
Varian Campuran MILO baharu dijual pada harga RM10.50 satu pek yang mempunyai 10 stick sachets each yang setiap satunya boleh menjadikan 200ml minuman dengan menggunakan air panas dan boleh di dapati di kebanyakan hypermarkets dan pasar raya di Semenanjung Malaysia.

 
Teringat satu ketika dulu .... tagline Minum MILO® Anda Jadi Sihat Dan Kuat"! 
Terima kasih Nuffnang dan Nestle sudi jemput kami (credit pic : CiklilyPutih)

Cepat mengaku sape dah besar panjng masih suka minum MILO!


7 ulasan:

  1. salam kak ina.
    lama tak tinggal komen.
    kadang2 datang baca je tak sempat komen.

    saya sampai skang suka minum milo.
    masa berpantang ni lagi kerap minum.
    hari2 mesti minum pagi2..
    =)

    BalasPadam
  2. Tapi milo skrang ni dah manis...

    minum milo kosong pun masih lagi manis..

    BalasPadam
  3. Saya dari dulu suka minum milo. Tak berapa suka minuman kopi & nescafe :D

    BalasPadam
  4. Mmg membesar ngn milo+susu tp now tidak lagi.. Goodie beg akak ada apa?

    BalasPadam
  5. saya saya..saya skeluarga maseh mnom milo stiap ari 2x..-bsmngt-

    mmg xpena lupa tag line dia mnum milo anda jd sht & kuat..hahaha

    ala akak bestnyer dpt g event milo..diorg ada bg van milo mini tak kak? ehehe

    BalasPadam
  6. saya memang minum milo dari kecik sampai skrg. huhu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...