OOO

Khamis, Jun 07, 2012

Memang Sedap Carrot Cake with Cream Cheese Frosting Ini

 
Bila kata nak buat kek karot/carrot cake ajer muka anak-anak macam tak suka ajerk.  Pernah buat sekali kek ni tapi ikut resepi yang lain...sedap gak tapi tak sesedap resepi yang ini.  Walaupun dorang tak suka nak makan, akak buat gak sebab tekak teringin nak makan.  

Sepatutnya walnut tu di cincang halus tapi akak patah-patahkan ajer sebab suka bila makan terasa  kurp krappp walnut ni. Kalau nak buh kismis pun boleh tapi akak tak letak sebab semua tak gemar.  Bila dah dipotong semua suka..dapat pujian terutama dari anak lelaki akak..fuhhhh kembang hati bila anak puji....kek karot ni memang sedap..Kek ni tak manis sebab akak guna gula perang...cubalah kalau tak percaya.

Bahan-bahan ( 9 inch )

  • Bahagian Kek
  • 1 1/4 cup minyak jagung/minyak bunga matahari
  • 4 biji telur gred A
  • 240 gm gula perang
  • 100 gm walnut  cincang ( panggang sebentar)-tak pun patah-patahkan ajer
  • 250 gm tepung naik sendiri*
  • 1 tsp baking soda*
  • 1/4 sudu teh  garam*
  • 1/2 serbuk kulit kayu manis* (bahan bertanda * diayak semuanya)
  • 1 1/2 cawan lobak merah/carrot  yg telah disagat
  • 1 sudu besar susu pekat
 
  • Cream Cheese Frosting
  • 120gm gula castor
  • 250gm cream cheese -suhu bilik
  • 1 sudu teh kulit lemon (optional)
  • 1 sudu besar jus lemon (optional)
  • 120gm unsalted butter-suhu bilik

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu kemudian  masukkan minyak dan gaul sebati.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kaup balikkan dengan spatula ataupun senduk kayu.
  3. Akhir sekali masukkan carrot dan susu pekat lalu gaul sebati.
  4. Masukkan ke dalam  loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak dan bakar selama 45 minit pada suhu 180C. (guna lidi cucuk kat tengah kek).
  5. Bila kek telah masak, keluarkan dan sejukkan.
 
Cream Cheese Frosting 
  1. Masukkan cream cheese, gula castor dan butter lalu adun sehingga gebu menggunakan mixer lebih kurang 1-2 minit.   Kemudian masukkan parutan kulit lemon dan jus lemon dan gaul lagi sebati.
  2. Sapukan ke atas kek yang telah sejuk dan masukkan semula ke dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
  3. Potong dan sedia untuk di makan.
 
Kek berlubang kat tengah sebab akak guna chopstick untuk tau dah masak ker idak..lidi tak adolah pulak .  Kalau tak nak buh cream cheese pun rasa dah sodap

    13 ulasan:

    1. sedapnya,pia pon suke walnut kasar2 syok kunyah

      BalasPadam
    2. macam tau2 pulak kak ina ni..saya baru berkira2 nak buat carrot cake lagi..baru minggu lepas buat.. tapi tak buat frosting pun..sedap betul..lemak..tak manis sangat.. haihh..nampak gaya malam ni nak kena buat lagi ni..hehe..

      BalasPadam
    3. carrot cake mmg sedap kalau kena resepi. mak sy kalau tahu sy buat carrot cake mesti tanya. ada lebih tak..?

      jd anak dia dah tahu. kalau buat carrot cake mesti kena buat lebih.

      BalasPadam
    4. terliur saya kak...carrot cheese cake memng fav saya

      BalasPadam
    5. Saya harap saya akan rajin membaking selepas ini...

      BalasPadam
    6. woaahhh... meleleh pulak ni... carrot cake mmg sedap kan... tqs for d recipe kak ina... nak try versi ni pulak..

      BalasPadam
    7. kek kalo x berapa manis baru sy leh makan..kalo x, mmg kirim slm le..heheheh

      BalasPadam
    8. Tengok je gambar kek ni, dah tau sedap.. Rajin betul Kak Ina.. :)

      BalasPadam
    9. bab kang dlm kek mmg saya suka. kek pisang pun letak badam. lagi kasar lgi best.

      BalasPadam
    10. Salam.

      Memang sedap. Hari tu kawan saya beli, sedap sedap sedap..

      BalasPadam
    11. mak aiiii sedapnya nampak kek carrot tu kak ina....... huhu

      BalasPadam

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...