OOO

Isnin, Julai 23, 2012

Astro Melancarkan Prabayar NJOI


Perkhidmatan Prabayar Televisyen Satelit Pertama di Malaysia
Tersedia untuk semua pelanggan NJOI di seluruh negara
 
Kuala Lumpur, 19 Julai 2012 – Astro hari ini mengumumkan pelancaran perkhidmatan prabayar televisyen satelit yang pertama di Malaysia. Prabayar NJOI, sejenis perkhidmatan bayar-dan-tonton kini membolehkan  semua pelanggan NJOI untuk mengakses kandungan premium di saluran tambahan, selain 18 saluran televisyen dan 19 saluran radio bergantung kepada keperluan tontonan dan bajet masing-masing.

 Henry Tan, Chief Operating Officer of Astro
Sebagai permulaan, Prabayar NJOI hadir dalam tiga bentuk pakej prabayar - Mustika (Astro Citra, Astro Warna, Astro Bella), Indo Pek (Bintang dan Pelangi) dan Filem dan Drama Cina (Celestial Movies, TVB Xing He, Astro Shuang Xing). Lebih banyak pakej akan diperkenalkan secara berperingkat untuk memenuhi keperluan menonton dan bajet para pelanggan NJOI.

Setiap pakej Prabayar NJOI boleh didapati menerusi baucer prabayar RM20 yang boleh dibeli dari pengedar NJOI yang sah tanpa sebarang yuran langganan berganda atau kontrak. Selepas melakukan pembelian dan mengaktifkan perkhidmatan prabayar ini, pelanggan NJOI akan menikmati 15 hari akses tontonan pakej prabayar secara serta merta. Tawaran prabayar ini membolehkannya dimiliki oleh  mereka yang bukan dari kalangan para pelanggan Astro untuk mengakses kandungan hiburan berbentuk umum dan filem premium. Tawaran menarik ini boleh didapati  dengan hanya membayar serendah RM1.33 sehari!
 
Puan Liew Swee Lin, Ketua Pegawai Komersial Astro berkata, “Astro berhasrat untuk menawarkan nilai yang menyeluruh, bersesuaian dengan gaya hidup, kesukaan dan bajet para pelanggan. Kami bertekad untuk menyediakan akses kepada hiburan, pendidikan dan maklumat untuk masyarakat. Oleh yang demikian, satu   program Tanggungjawab Korporat Sosial NJOI telah  dilancarkan pada bulan Disember 2011 untuk menjadi jambatan bagi merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia. Pada bulan Februari 2012 pula,  kami telah melancarkan perkhidmatan NJOI yang boleh didapati secara komersial untuk para pelanggan yang tidak mahu terikat dengan yuran langgan bulanan.  
L-R Shaiful Subhan – Vice President Business Segment NJOI, Liew Swee Lin – Chief Commercial Officer Astro, Henry Tan – Chief Operating Officer Astro

Perkhidmatan Prabayar NJOI yang dilancarkan pada hari ini mewakili satu lagi inovasi unik dalam perkhidmatan Astro, yang menyalurkan kandungan model terbaru untuk mengembangkan lagi pasaran kami terutama di kalangan masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah. Prabayar NJOI akan diperkenalkan dalam beberapa peringkat. Sistem baucer prabayar diperkenalkan dalam fasa pertama. Pada masa akan datang, ciri prabayar yang lebih terperinci akan diperkenalkan dalam beberapa fasa seperti pengenalan layanan tambah nilai e-wallet dan perkhidmatan kandungan premium yang yang disampaikan melalui pelbagai platform.


Sempena pelancaran ini, Astro turut mengumumkan kerjasama yang dijalinkan bersama Malaysian Building Society Berhad (MBSB).  Seramai 4,000 pemohon MBSB Personal Financing - I yang pertama menerima pinjaman akan diberikan perkhidmatan NJOI secara percuma. Ini adalah sebahagian daripada kempen tiga bulan yang dianjurkan MBSB yang mana ia akan menawarkan perkhidmatan NJOI sebagai sebahagian daripada pakej pinjaman tertakluk kepada terma dan syarat. 

Menurut Ketua Pegawai Kewangan MBSB, Encik Tang Yow Sai berkata, “Inisiatif ini merupakan satu lagi kerjasama unik yang ditawarkan kepada pelanggan Astro dan MBSB dengan perkhidmatan tambah nilai yang pelbagai demi memanfaatkan kedua-dua pihak.”
NJOI membolehkan seluruh rakyat Malaysia mengakses kandungan yang memperkayakan maklumat terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan usaha Malaysia untuk menjadi negara yang berteraskan pengetahuan. Astro amat komited dalam memberikan pelaburan yang berterusan dalam memperkembangkan bakat, pembangunan kreatif dan teknologi menggariskan komitmen kami untuk menyediakan kandungan menarik untuk seluruh rakyat Malaysia. Kami menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk memilih mengikut keperluan, keutamaan dan bajet mereka. Sila layari www.njoi.com.my atau berkunjung ke pengedar NJOI terdekat untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan NJOI Prabayar.

7 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...