Assalammualaikum
Solat Sunat Tarawih adalah satu jenis solat sunat yang dikerjakan semasa Bulan Ramadan.
Latar Belakang
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati
selepas solat fardhu Isya'.
Biasanya jemaah duduk berehat setelah
mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa
sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8
ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Dalil dan Hukum Solat Tarawih (KLIK DISINI )
Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang
Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan
dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram
kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun
sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang
lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak.
Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih
mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga
sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih,
salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan
sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat
Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".
Bilangan Rakaat Dan Kelebihan Solat Tarawih (Rujuk ke SINI)
PANDUAN SOLAT TARAWIH (RUJUK SINI)
SUMBER : SINI

Salam Ramadhan...selamat berpuasa....
BalasPadamthanks for sharing kak
BalasPadamsinggah lepas balik dari taraweh....
BalasPadamselamat berpuasa kak ina sekeluarga... =)
BalasPadam