OOO

Khamis, Julai 05, 2012

Makan Cara Omputih-Ayam BBQ Baked Bean Lagi

Ayam bakar lagi sedap bakar dengan arang tapi akak tak rajin nak menghidupkan arang tu..akak cuma masukkan ke dalam oven ajer. Kali ni buat salad sikit.  Beli dalam packed yang siap di JJ...ada salad, cherry tomato dan daun rocket....balik rumah cuma campurkan dengan kuah salad sayur-sayuran.

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12 bersih dan toskan
2 inci halia-tumbuk lumat
4 biji bawang putih-tumbuk lumat
1 sudu besar serbuk lada hitam
sedikit garam
1 tin besar baked beans/kacang panggang chap ayam
1 biji bawang holland-hiris bulat
sedikit minyak zaitun/marjerin
baby carrot-optional
2 biji ubi kentang russet-us potatoes-potong 8
1/2 botol honey barbecue sauce jenama kraft

Cara menyediakan
1. Lumur 1/2 botol sos bbq tadi bersama-sama halia dan bawang putih yang telah di tumbuk.
2. Campurkan sekali sedikit garam dan serbuk lada hitam. 
3. Perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap terutama semalaman.
4. Panaskan oven dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 200 C. Lenser dulang pembakar dengan minyak zaitun dan letakkan ayam, yang telah di perap diikuti dengan  kentang dan baby carrot.
5. Tuangkan baked bean/kacang panggang kemudian letakkan hirisan bawang holland dan bakar selama 45 minit atau 1 jam (bergantung kepada besar ayam)
6. Selepas 45 minit gunakan api atas saja dan balikkan ayam dan bakar lagi selama 5 minit jika suka. (akak suka ayam hitam sikit camni)
perasan makan cam kat restoran lah pulak

13 ulasan:

  1. salam rindu kak ina cayang..waahh sedapnyer kak..nk tumpang sepiring..leh x?

    BalasPadam
  2. sejuk2 ni sdp nya mkn ayam panggang

    BalasPadam
  3. Hati-hati makan baked beans tu...ada side effect dia :)

    BalasPadam
  4. Wah sedapnya.. Boleh tak nak order satu?

    BalasPadam
  5. waa sedap ni kak ina, tak dapat nasi takpe kalau macam ni kak ina..

    BalasPadam
  6. hmmm....tengokpun dah tau sedap...

    BalasPadam
  7. emmmmm... sedappppnya... nak copy resepi? nak try nanti bila rajin

    BalasPadam
  8. xtahan woo nengoknyer..berjus sungguh aym akak tu..

    oooo nti nk bli sos tu jgk la, nmpk mcm mknan kt hotel jeye..


    resepi akak, slain utk ank2 suatu msa nnti.. sgt bgune utk org yg xbape reti memasak cam lov ni..thnks a lot akak!!

    BalasPadam
  9. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    BalasPadam
  10. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...