OOO

Rabu, Julai 25, 2012

Resepi Cream Puff n Custard Cream (Di Perantauan)

Assalammualaikumsalam dan selamat berpuasa semua.

Akak pernah  buat cream puff guna piping beg dan noozle..RESEPI KAT SINI.
Bila tenguk Yana buat akak hairanlah pulak.  Dia guna sudu dan di bentuk dengan tangan ajer...pastu tak yah guna mixer untuk bancuh..akak pun duk melangguk tenguk dia buat..

bila tegur..kenapa tak guna mixer..

Mak jangan tegur..tenguk ajer tau ..duk depan ajer (hermmm)

Rupanya dia dah pernah buat cream puff ni kat rumah dia kat sana untuk jamuan makan-makan...al maklumlah kat rumah orang bujang mana ada peralatan baking..dorang buat ikut kreativiti dorang ajerlah.  

Tak kisahlah kan..janji Yana dah pandai buat udahlah. Resepi ni akak ambil dari rumah geng masak memasak Ha Sue.

Cream Puff
Resepi:Yani@myresipi.com

Bahan-bahan


100ml air
45gm butter-suhu bilik, potong 1cm
60gm tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara


Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.



#Yana gunakan  sudu dan letak ajer atas dulang yang telah di alas dengan aluminium foil. Pastu gunakan jari dan tekan bagi licin..senang bukan..(kalau kat umah ada piping beg gunakan ajerlah yer)
 

6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.



Custard Cream
Resepi:honey@myresipi.com


Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.


## Yana tak ikut cara ini..dia cuma masak atas api perlahan sehingga custard pekat sebab kat umah dia tak ada microwave. 

Lepas inti dah sejuk..cucuk cream puff dengan nozzle dan paipkan ajer ke dalam..ni stail orang bujang ek..ataupun boleh belah tengah dan buh ajer custard ke dalamnya...guna sudu kecik tau..

 

Oleh sebab Yana buat 4 kali ganda dari resepi asal..akak  suruh masuk piping beg dan buat ala-ala Mini Chocolate Eclair.

Paipkan panjang-panjang..bakar cam biasa..dah masak celup dengan coklat..kira oklah kan dapat versi 2 jenis.


15 ulasan:

  1. kecur air liur nengok..dah lama xmakan cream puff

    BalasPadam
  2. mcm gleme plak kuih ni skg. teliur nk mkn

    BalasPadam
  3. kak ina,
    naaaaaaaakkkkkkkkkk!!!! (>.<)

    BalasPadam
  4. erkkkk kreatif betul buat pakai sudu...xterfikir pun..bijak2..apa pun cream puff tu my peberet..

    BalasPadam
  5. salam sis...

    tak de oven la sis nak buat

    BalasPadam
  6. ooi sedap nye mummy nak cubala this week end TQ

    BalasPadam
  7. whoaaa... menarik nie... terus buat saya teringin nak cuba cream puff yana nie... beli pun boleh...hehehehe

    BalasPadam
  8. sedapnya nampak padahal x guna cooking gadget canggih2 kan :) itulah hidup diperantauan kan.hehe

    BalasPadam
  9. kalau nk seribu daya, w/pun tak cukup peralatan,yana tetap nk cuba buat...baguslah mcm tu..

    BalasPadam
  10. thanks share resipi nih kak....nk try la nti...

    BalasPadam
  11. nk try la kak, tgok bhn2 nyer mudah2 ajer..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...