OOO

Rabu, Ogos 22, 2012

Belajar Buat Lemang

Hari Raya Ke 3 family belah suami akak pakat-pakat nak buat makan-makan kat kampung, pagi-pagi semua dah sibuk nak buat persediaan nak masak terutama nak masak lemang yang mengambil masa yang lama nak membakarnya.

Dah tua baru nak belajar buat lemang..selama ni tau beli dan makan ajer.  Yana dan Ira berminat gak nak belajar.
Sebelum mengisi beras pulut, kena masukkan dulu dalam 1/2 cawan santan, barulah di isi dengan berasa pulut.
Di ajar oleh biras yang berasal dari N9 yang memang pakar buat lemang. Pastu masukkan beras pulut sehingga hampir penuh.
Masukkan santan, dan ukur dengan jari..ukur mengukur tu semua di buat oleh biras ..kang kalau akak buat semua takut lemang tak jadi.
Mencabar tul masa membakar..nasib baik bukan bulan puasa..
Imran tukang makan dan menyibuk
 bolehlah minum air bila kehausan.
 
 Sambil tu bakar ikan talapia dan ayam.  
Anak lelaki dan hb buat kerja belah sini secara bergilir-gilir
Makan panas-panas pun sodap..semuanya dapat di lakukan jika ada semangat kerjasama..kalau malas tentulah tak dapat makan camni kan...

11 ulasan:

  1. Selamat hari raya kak ina dan family
    kalau saya masak lemang saya rendam pulut tu dengan santan pastu massukkan dalam buluh pakai sudu
    lain padang lain belalang kak.. eheheh

    BalasPadam
  2. Sampai sekarang tak pernah lg merasa masak lomang sendiri... Nk kena belajar lepas ni...

    BalasPadam
  3. salam lebaran k.ina dan salam perkenalan juga.Jumpa kt Sahabat Blogger td

    BalasPadam
  4. selamat hari raya..maaf zahir batin buat kak ina & family..
    tahun ni tak makan lemang lg...ramai org jual kat tepi jalan tapi semua rumah yg saya pi tak dak lemang....anyway,saya lebih suka ketupat palas dari lemang.

    BalasPadam
  5. Rajin yea si yana tolong buat lemang yea....tapi ayam bakar tu makan cam tu pun dah sedap kan

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Raya :D
    Bestnya buat lemang. Tahun ni tak makan lemang :)

    BalasPadam
  7. lemang antara juadah penting utk raya. sedap !

    tapi kat Johor Bahru ni susah nak dapatkan yg memuaskan hati dan berbaloi. saya sanggup ke Negeri Sembilan untuk dapatkan yg berbaloi semua.

    lepas ni, insyaAllah, nak cuba buat sendiri, lagi puas hati, mungkin.

    BalasPadam
  8. puas hati kalu buat sendiri.tapi teruk sikit lah , kena jaga api berpanas kena bahangnya

    BalasPadam
  9. slmt ari raya kak, soonok tgok ank2 akak sume da sehat2 blaka..

    wahhh mzt best dpt mkn lemang air tgn sndiri kn..lps2 ni bole akak buat kt umah plak..hehehe

    BalasPadam
  10. daus mana?? mesti mencekik lemang dua batang.. hehehee

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...