OOO

Sabtu, Ogos 04, 2012

Biskut Sarang Semut Kukis Pertama Raya 2012

Selain dari biskut coklat chips  yang di order oleh member blogger, akak dah buat popia nestum tapi dah habis di makan dek anak-anak.  Ingat malam nanti nak buat lagi insyallah.

Imran yang sibuk suruh buat biskut sarang semut ni, pernah buat tahun 2010 tapi tahun lepas tak buat sebab akak malas nak buat sorang-sorang.  Bila Yana dan Ira ada akak pun buat malam tadi..senang sikit nak buat..sorang parut, sorang masuk dalam cups dan sorang lagi tabur coklat rice dan masuk oven.  Tak sampai satu jam dah siap satu adunan.  Bila isi, buh penuh pun tak apa, sebab lepas masak kukis ni akan mendap ke bawah.

Kononya nak letak pewarna kuning tapi terletak pula warna oreng..tapi oklah gak kan..tak nampak sangat.
 
Bahan
  • 250 gm butter -akak guna jenama anchor
  • 100 gm gula halus
  • 350 gm tepung gandum.....]
  • 100 gm tepung jagung.......] di ayak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/teh esen vanilla 
  • sedikit pewarna kuning (pilihan)
Hiasan
  • Sedikit coklat rice
  • secukupnya paper-cup kecil
Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. 

14 ulasan:

  1. eh..eh...
    ada resepi...
    hihi..nak try lah..
    :)

    BalasPadam
  2. Asslmkum kak ina.
    Senang la sikit keja akk ya, yana dgn ira boleh bantu. :)

    BalasPadam
  3. amboi kak ina...dah mula buat biskut raya...:-) nampak sedappp:-)

    BalasPadam
  4. favourite saye!!!!

    Tp penah try buat..tak brape nak jadi je rase dia...terus give up tanak buat dah...hehehe

    Harap ade la org jual ;)

    BalasPadam
  5. resipi kukis sarang semut saya dah hilang..bagus juga ada resepi di sini. tocey2

    BalasPadam
  6. suka jugak makan biskut ni,tapi tak pandai sangat nak buat. hihi =D

    BalasPadam
  7. Boleh try ni :D hee

    BalasPadam
  8. ingat zaman mak suka buat kuih.. Teringat kuih ni... Nurul paling suka yg tabur coklat rice.. Hehehe

    BalasPadam
  9. dah mula memabkar kuih raya yer kak ina?
    Sop buat juga kuih tp kuih tunjuk jer,, hehehe

    BalasPadam
  10. kukis ni sedap sgt kalau mkm bln puasa tp dah raya nnt jemu lah pulok kan... hahahah...

    BalasPadam
  11. bskot sarang semot ni rumit gak kan kak kalo buat sorang2..

    lps tu xboleh buat lmbt2..nti dia lembik kene parut cpt msa dia still sjok tu.. hehehe sronok kalo buat ramai2..

    yg paling best tukang tabor coklat rise kt ats tu.. ^^

    BalasPadam
  12. kak...biskut ni memang feveret Ina dari kecik dulu...tp skrg nih payah nak jumpa org jual...huhu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...