OOO

Rabu, Ogos 08, 2012

Kepak Ayam Masak Merah Madu

Kalau beli ayam ashiklah berebut nak kepak ayam...seekor ayam cuma ada 2 kepak ajer..selalunya akak dan imran chop dulu.  Kalau ada Ira ..kena chop dek dia dulu, akak terpaksa mengalah.

Geram punya pasal ashik sibuk berebut kepak ayam, ayam beli kepak ayam ajer buat masah merah madu tapi bila hb akak makan dia pulak tanya...
Ina...semua kepak ker? tak ada yang lain..aduhaiii macam-macamlah family akak ni. Resepi ni dah pernah cuba dulu dan akak ambil dari geng masak memasak Hana

Bahan-Bahan:
-Kepak ayam 12 keping (perap dgn garam & kunyit)
-3 sudu besar cili kisar
-6 ulas bawang merah - dikisar
-2 ulas bawang putih - dikisar
-2 sudu besar sos cili
-3 sudu besar madu
-1 sudu kecil serbuk lada hitam
-2 biji lada besar - potong serong
-Air -
hana tmbh halia, serai ketuk serta bawang hiris.akak pulak tambah bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kayu manis dan bawang besar potong bulat.
Cara-caranya:
1. Ayam digoreng dulu, kemudian alihkan.
2. Tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis bersama hirisan bawang besar dan serai sehingga berbau wangi dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan sos cili dan madu.
4. Masukkan sedikit air, tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi bersama-sama lada besar dan lada hitam.
6. Sedia untuk dihidang dan hias bersama daun bawang dan daun sup.

6 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...