OOO

Rabu, Ogos 29, 2012

Rendang Daging Ala Minang

Assalammualaikum dan selamat hari raya

Rendang ayam ataupun daging memang menjadi pilihan bagi keluarga akak untuk dihidangkan pada pagi hari raya yang di makan bersama ketupat, nasi impit ataupun lemang.  Bermacam-macam cara masakan rendang tapi akak lebih suka gunakan resepi ini sebab hasil dari turun temurun mak akak.  

Ada gak yang kata masakan rendang ni ala minang...tak kisahlah kan rendang camner pun janji sedap udahlah.


Bahan-bahan:
  • 1 kg daging lembu-potong besar
  • 20 batang cili kering - ikut kepedasan masing-masing*
  • 2 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 15 biji bawang merah#
  • 8 biji bawang putih#
  • 1 inci lengkuas#
  • 2 inci kunyit hidup#
  • 4 batang serai#
  • 3 batang serai-tumbuk hujung
  • 3 helai daun kunyit-siat dan simpul
  • 1/2kg  santan kelapa/2 1/2 cawan santan pekat
  • 2-3 cawan air
  • 4 sudu makan kerisik
  • sedikit minyak
  • garam
Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Potong daging, basuh dan dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis semua bahan-bahan kisar bertanda *.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan daging , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2/3 cawan air. Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.  Biarkan rendang mendidih dengan api sederhana besar.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik dan garam.  Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.
9. Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.

3 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...