Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya
Dah ramai yang mencuba resepi udang ni, akak baru akak memasaknya semalam sebab terliur tenguk udang di masak camni..al maklumlah kalau puasa semua masakan nampak sedap ajer kan.
Sepatutnya ada daun selasih tapi nak cari daun ni kena gi pasar tani ataupun di pasar chow kit tapi tak per..dah ada daun kari dan daun kesum pun dah harum baunya. Suami dan anak-anak suka masakan macamni..nanti boleh buat lagi. Akak gunakan udang harimau dan resepi ini di ambil dari Dapur Ibundo resepi asal dari Chef Kamarul Majalah SAJI Feb 2012
Bahan:
500 gm udang
Bahan perap:
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit-akak tambah
Bahan cincang:
6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih
1 tangkai kecil daun kari
1 biji cili merah
1 biji bawang besar (bundo tambah)
minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya
2. Gaulkan udang bersama bahan perap dan biarkan seketika.
3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
4.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar sahaja.
Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga agak garing.
5. Masukkan cili merah diikuti daun kesum, daun selasih dan daun kari.
6. Sentiasa kacau supaya tidak hangus. Goreng sehingga garing.
7. Masukkan semula udang dan gaul rata.

salam sis.....
BalasPadamsinggh dikala sunyi
nape lar kak ina ni suka masak yang sodap2 tu... hi terliur saya ni...
BalasPadamSedapnya tgk udang ni k ina...
BalasPadamnampak pun dah sedap.. bila boleh rasa nih.. heheh
BalasPadamSalam perkenalan.
BalasPadamNampak sedap udang tu. Terima kasih kongsi resipi.
Nampak sedap. :D
BalasPadam