OOO

Khamis, September 13, 2012

Perjalanan yang mendebarkan

Oleh sebab percutian kali ini anjuran tempat kerja suami  pastu tempatnya agak jauh, suami ambil keputusan kami semua naik naik bas rombongan ajer..takut nanti bila balik tak larat nak bawa keta.  

Bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang pukul 11.30 malam .. meredah kegelapan malam kemudian singgah di R & R Seremban.  Driver bas isi minyak..penumpang ada gi toilet, gi beli air...rokok ... ramai juga yang tak turun.
Alhamdulliah perjalanan berjalan ikut jadual dan berhenti di Yong Peng..kami pekena kopi pekat dan roti bakar..anak-anak pilih air kesukaan masing-masing.

Driver bas dah bagi ingatan supaya buang apa yang patut sebab lepas ni ikut jalan kampung.  Memang tak dak toilet... tempat rehat, bas tak akan berhenti di sepanjang 2 jam perjalanan di sebabkan jalan kat situ gelap dan merbahaya..yang ada cuma perkampungan  felda dan pokok kelapa sawit.  Kalau ada pun cuma pekan kecik..dah tentulah jam 2-3 pagi mana ada kedai yang buka.

Nak di jadikan cerita, ada seorang amoi sakit perut sebelum pekan Kahang lebih kurang 1 jam dari Kluang..driver bas dah pot pet pot pet..tapi kalau perut dah bergolodak dah melabur mana boleh tahan kan.   

Puas driver cari toilet tapi tak jumpa, stesyen minyak pula tutup....balai polis pagar pun berkunci dan akhirnya nak tak nak terpaksa berhenti di stesyen Caltex yang gelap gelita di Kahang sebab perut amoi dah tak tahan sangat.

Kelam kelibut amoi tu turun..nasib baiklah ada paip air..tak taulah dia buat camner kan..lamalah pulak amoi tu gi belakang bersama boy friend dia.


 
Penumpang kat belakang perasan ada satu keta warna merah turut berhenti..mula-mula di tepi jalan (1)...pastu dia berhenti jauh dari bas kami....driver bas dah bising takut ada perkara buruk terjadi sebab pernah  bas pelancong kena rompak kat jalan Kluang-Mersing ini..sebab perompak ingat yang naik bas pesiaran ni kayo dan banyak wang.

Cepat-cepat pintu bas di tutup ,akak dan penumpang islam lain duk diam..kumat kamit akak baca doa mohon perlindungan darinya.

Amoi masih tak siap lagi, boy friend dia suruh pulak buka tempat letak beg..suami akak kata..mesti kes terbuang dalam seluar. Aduhai bertambah benganglah driver bas dan kami semua.  Keta tadi berhenti pula di belakang bas (3)..kitaorang dah risau walaupun pintu bas dah tutup dan kaum lelaki mengambil langkah berjaga-jaga dengan beberapa orang berdiri di tangga bas.

Kemudian keta tadi berhenti pulak di tepi rumah sebelah stesyen minyak (2)..nasib baik banyak anjing menyalak kat keta tu..akhirnya keta tu gi pula ke tepi jalan semula..aduhai..manalah kami semua tak suspen bila tenguk camtu.

Bila amoi dan boyfriend dia keluar dari tempat gelap, driver bas cepat suruh naik dan bawa beg tadi terus dalam bas dan cepat-cepat kami beredar dari situ sementara keta tu masih berhenti di tepi jalan.  Kami lega..kiranya macam kami bernasib baik sebab anjing tu yang tolong kami

Alhamdulliah tak jadi apa-apa lagi perkara sepanjang perjalanan di pagi yang hening dan dingin.


Sampai di Mersing lebih kurang pukul 5.00 pagi dan kami berehat di surau yang ada di medan selera di situ. 
 Dalam pukul 7.00 kami sarapan nasi lemak kat situ sambil borak-borak.
Anak buah yang menggantikan anak sulung yang tak leh join sebab tak dapat cuti..nasib baik dapat pengganti.  Nak hilangkan rasa boring dorang merayau sambil klik sana dan klik sini.
Ira rasa happy dapat release tension sebelum ambik periksa SMA
Muka kepenatan sebab tak cukup tidur..akak ni 
mana boleh tidur lena dalam bas..beraksi di depan medan selera Mersing
 
Imran seronok tenguk ketam dalam lopak
Tersenguk-senguk akak tidur kat kerusi sambil duduk sebab mengantuk..kat jeti ni cuma ada satu toilet sebab free..orang pulak ramai, kalau nak guna kena beratur lama...kat medan selera banyak tapi kena bayar 0.30 sen
Feri akan berangkat dalam pukul 10.00 pagi..banyak betul masa di habiskan di jeti Mersing..ada yang terlelap ....berbual-bual..member hb yang pandu keta sendiri dari KL pun ramai yang dah sampai dalam pukul 8.00 lebih..
Ramai sungguh orang di jeti ni..semua nak gi release tension dengan bercuti di tepi pantai...oleh sebab ada 3 feri pukul 10.00 pagi setiap penumpang akan di beri kad boarding ni...ada 3 warna...masa nak naik feri, kena bagi balik kad ini...feeling  mcm nak naik flightlah pulak.
Kanak-kanak riang..tak bestlah feri ni..tempat duduk sempit pastu air cond tak berapa sejuk..aduhai tersiksa nak tidur dalam ni sebab duk dekat 2 jam..rimas sungguh dibuatnya
Suasana dalam feri..muka excited dan penat..

p/s Nantikan sambungannya yer..biasalah akak ni ..suka pot pet dan buh banyak gambar


11 ulasan:

  1. nak gi tioman ek kak???syoknyerrr...suke bace entry jalan2 akak...

    BalasPadam
  2. syukur Alhamdulillah semua ok,

    kesian juga amoi tu,mmg haru kalau sakit perut

    BalasPadam
  3. Macam nak tioman jer kak?kantoi lah amoi tu hehehe...

    BalasPadam
  4. Suspen betul baca kak.. Nasib la tak jadi apa-apa.. Kalau dah sakit perut macam tu mana la boleh nak di tahan-tahankan...

    BalasPadam
  5. Saya suka baca citer kak ina travelling sana sini. Kak ina ni kira tahan lasak jugak. Kalau saya kompom melepek. Lepas tu terus tukar penampilan jadi nenek kebayan yang jalan bongkok2 sebab sakit pinggang. Hihihi.

    BalasPadam
  6. Akk g jln mne? Bestnye .. Tp xbest sbb feri tu kn.. Hihi

    BalasPadam
  7. Nasib baik tak jadii apa2.. Susah jugak kalau sakit perut dlm keadaan begini..

    BalasPadam
  8. wahhh akak g tioman ehh? ada singgah beli kopok lekor kat mersing tak ? :)

    BalasPadam
  9. wahh meriah nye jln2 ...

    sibbaik sume ok kak ..

    BalasPadam
  10. memang perjalanan yang mendebarkan (+ memenatkan), syukur alhamdulillah semua nya selamat...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...