Kuala Lumpur, 8 Sept 2012 – Peminat-peminat setia ‘Oh
My English!’ pastinya tidak mahu ketinggalan menyaksikan episod kemuncak musim
pertama rancangan popular ‘Oh My English!’ pada 16 September (hari Ahad) pada
jam 10 pagi di saluran Astro TVIQ (saluran 610).
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, episod
kemuncak ‘Oh My English!’ akan disiarkan selama sejam dan akan menampilkan
barisan pelakon terkenal tanahair. Kemunculan istimewa Rozita Che Wan dan Tauke
Raja Lawak serta penyanyi-penyanyi muda terkenal seperti Altimet, Rabbit Mac,
Point Blanc dan juga Ila Damiaa dijangka akan menyemarakkan lagi episod
istimewa kali ini.
Dalam episod kemuncak ini, Mr. Middleton (lakonan Zain
Saidin) mempertimbangkan untuk meletak jawatan dan pulang ke England. Sejurus
berita ini diketahui oleh para pelajar di Kelas 3 Merah, mereka amat gusar dan
memikirkan cara untuk membuat beliau untuk terus kekal di sekolah itu. Mereka mendapat
idea untuk mencari seorang teman wanita tempatan untuk dijodohkan bersama guru
kesayangan mereka semata-mata tidak mahu melihat guru mereka pergi. Adakah
mereka akan berjaya menukar fikiran Mr. Middleton? Atau adakah ini merupakan
kali terakhir mereka bersama di kelas 3 Merah?
Pastikan akan menonton episod kemuncak ‘Oh My English!’ pada
16 September (hari Ahad) pada jam 10 pagi di saluran Astro TVIQ (saluran 610). Siaran ulangan akan disiarkan pada hari yang sama jam 2 petang, 6 petang
dan 9 malam.
Sejak program ‘Oh My English!’ mula disiarkan, siri
televisyen ini berjaya menawan seramai 3 juta penonton Malaysia daripada
pelbagai usia dan kaum, serta merupakan salah satu program paling kerap
ditontoni melalui Astro On the Go. Halaman ‘Oh My English!’ di Facebook turut
berjaya menawan hampir 130,000 peminat serta lebih daripada 5.6 juta tontonan
di YouTube dan jumlah ini masih terus meningkat. Program ‘Oh My English!’ juga pernah menjadi
topik hangat yang diperkatakan di Twitter (Top 2).
Selain itu, laman web ‘Oh My English!’ (www.ohmyenglish.com.my) terus menjadi salah satu destinasi paling
popular di laman web Astro, lengkap dengan aktiviti-aktiviti interaktif yang
menarik.
Memang tidak dapat dinafikan kejayaan menyeluruh ‘Oh My
English!’ merupakan hasil sokongan para peminat dari seluruh negara. Untuk meraikan kejayaan rancangan ini dan
sempena Hari Raya, ‘Oh My English!’ telah berkerjasama dengan Astro Circle
untuk mengadakan jamuan tengah hari untuk para peminat bersama dengan
pelakon-pelakon ‘Oh My English!’ di Restoran Seri Melayu pada 8 September 2012.
Peminat-peminat berpeluang berjumpa dan mengambil gambar dengan pelakon-pelakon
kegemaran mereka seperti Muhammad Akhmal bin Mohamad Nazri (Jibam), Mohd.
Zhafir Muzani bin Mohamad (Mazlee), Kaameshaa d/o Ravindran (Anusha), Tan Teong
Sik/Roax Tan (SYS), Amer Sharrif bin Rashid (Farouk) dan juga Harun Salim
Bachik (En. Mohd Salleh) serta Zain Saidin (Henry Middleton).
Astro Circle adalah program ganjaran khas untuk
pelanggan-pelanggan setia Astro. Para pelanggan Astro akan berpeluang memenangi
pelbagai hadiah menarik. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Astro Circle sila layari www.astro.com.my/astrocircle
Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 1300 82 3838 atau
layari www.astro.com.my

jarang2 tengok.. tapi esok tak koje leh layan ni akak
BalasPadamentertaining jugak OME ni..jom layannn kak..
BalasPadamselalu jugak tengok (sebab anak2 memang suka tengok) tapi sambil tengok sambil dok geram sebab student2 tu blur sangat ar... hahahah.... tapi yang nak komen sangat ni adalah Rozita che wan tu, bila make up macam tu macma minah saleh pulok, versatile sungguh dia...
BalasPadamMula2 dulu je selalu tgk cter ni..
BalasPadamBolehlah layan ni daripada tidur jer.... [",]
BalasPadamuntuk anak TA sesuai sgt..
BalasPadam