OOO

Jumaat, Oktober 19, 2012

Chaiyok Imran

Assalammualaikum semua


Dari anak-anak  akak masih kecil, akak memang akak suka jika anak-anak akak berani ke depan  seperti masuk contest itu ini...masuk pertandingan, masuk acara sukan dan macam-macam aktiviti  yang memberi kebaikan sebab nak bagi pendedahan kepada mereka.
Nanti taklah mereka jadi seorang pemalu..takut nak buat itu dan ini, malu nak bercakap, rasa takut nak melakukan semua perkara.
 
Macam Imran, bil di panggil ke depan, dia dengan rela hati terus beraksi 
dengan ahli silap mata ini..tiada takut dan malu langsung
Tapi kadang-kadang bila terlebih cakap ...akak pula yang geram.  
Sekejap ajer anak-anak akak dah besar
dulu masa kecik..memang agak penat melayan karenah mereka terutama anak pertama
 ke 2 dan  
ke tiga sebab Firdaus dan Yana cuma selang setahun sehaja.  Dah rezeki Allah SWT nak beri..akak terima dan senang hati ..yang lebih membahagiakan sebab dapat anak perempuan.  Merasalah nak beli gaun yang cantik dan beropol-ropol.
Sekarang ni dah besar, masing-masing dah buat hal sendiri.  Masuk bilik masing-masing..layan fb lah..main games.  Akak duklah kat luar tenguk tv sorang-sorang.  Kenangan bersama mereka semua semasa kecil memang indah untuk di kenang.  
Untung ibu muda sekarang ni, mereka boleh ambil gambar dan cerita tentang anak-anak mereka di blog.  Macam akak dulu,  cuma ambil gambar dan simpan di album saja. Nak beli kamera dulu pun tak berapa nak mampu sebab harga kamera  mahal ...lagi satu setiap kali nak ambik gambr kena beli filem.  
kredit : google
Kalau salah masuk filem semua gambar tak jadi..buat penat ajer bergaya bagai nak rak, bila dah jadi camtu. Nak cuci gambar satu hal..kalau nak cuci kena prepare duit..mahal gak satu gambar.  Time akak kawin kena dalam 0.30 sekeping..kalau nak cuci kena simpan duit dulu.

Selalunya kalau ambik gambar reramai, kami jual gambar sekeping dalam 0.70 sen..dapatlah balik modal.  Tak macam sekarang ni senang dah.  Kalau gambar tak jadi boleh delete ajer. 

Semuga semua anak-anak kita di kurniakan akhlak yang sempurna dan menjadi anak yang soleh dan solehah.  Sentiasa melakukan suruhannya dan menjauhi larangannya dan sentiasa juga ingat kepada ibubapa dan hormat orang yang lebih tua.

8 ulasan:

  1. memang bagus anak yang berani ni.. semoga imran akan jadi anak yang soleh & berjaya nanti.. amin

    BalasPadam
  2. Sop pun cuba galakkan anak2 berani ke hadapan jika ada apa2 acara atau program...
    sbb sop sendiri takut hehehe
    tp bila terpaksa, ok plak kan? heheheh

    BalasPadam
  3. rasa mcm nak dorang kecik smp bila2 kak..

    BalasPadam
  4. yelah kak ina.. kalau boleh biarlah anak2 lepas laku tak pemalu & penakut mcm sy ni.. bila kena ckp depan org ramai yg kita tak kenal mulalah gelabah hihi...

    nostalgia betul kamera yg masuk filem tu kan...

    BalasPadam
  5. baguslah bagi anak2 expose depan public

    BalasPadam
  6. amin..amin..segalanya tingal kenangan manis yang tak kan dilupa hingga akhir hayat.Sungguh manis bersama anak anak kan.....

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Kak Ina

    bila mereka berani....pengalaman lebih

    BalasPadam
  8. Its okey la kak...skang nie umur diorang nak sedikit kebebasan....bila dah berkeluarga sendiri pasti akan cari peluang luangkan masa dan aktiviti bersama keluarga

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...