Roti Bawean @ Roti Boya ni mungkin suka di makan oleh orang Bawean (Boyan) kot..agaknyalah....kat Malaysia ni kan ada berbagai keturunan ..dah tentulah ada bermacam-macam makanan yang sedap-sedap yang perlu di cuba.
Anak akak panggil roti ni karipap gaint akak karipap besar gedabak. Inti dan adunan doh memang lain sikit dari karipap yang biasa akak buat. Khabarnya resepi ni daripada Aziz Sattar yang pernah di siarkan di rancangan Nona TV3..akak ambil dari blog geng suka memasak.
Bahan2 Kulit/Pastri (resepi Kak Rosya)
500 gm tepong gandum
200 ml + 2 tbsp air suam
50 ml minyak masak
½ tspn baking powder½ tspn gula
¼ tspn garam
(akak tambah 2 sudu planta)
Bahan-bahan Inti (resepi Aziz Sattar)
400 gm/3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit 4 biji telur ~ direbus & buang kulit
1 gengam/1 pokok daun sup ~ cuci bersih & hiris halus
½ biji bawang besar ~ potong dadu
1 tspn lada sulah
garam secukup rasa
Bahan Tambahan
Minyak masak untuk menggoreng roti
Sambal tumis untuk dicicah dengan roti
Cara2 menyediakan
1.
Telur rebus & kentang yang telah direbus dibuang kulit &
dilecek hingga halus/separa halus. Gaul rata bersama bahan2 inti yang
lain sehingga rata & secukup rasa. Ketepikan sebentar.
2.
Ayak tepong bersama baking powder & letakkan dalam satu bekas
menguli. Campurkan garam & gula dan gaul rata. Campurkan air
suam & minyak masak serta planta dalam satu bekas.
Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.
Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.
3.
Bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama saiz lebih kurang 95 gm
setiap sebiji. Bulat2kan doh menjadi bebola & rehatkan dalam 5 ~ 10
minit.
4. Canai bebola menjadi bentuk bulat sehingga nipis seperti kulit karipap. (JANGAN CANAI TEBAL YER NANTI KULIT SUSAH NAK MASAK KAT BELAH DALAM MASA MENGGORENG!). Taburkan tepong di atas sebiji pinggan yang leper & letakkan doh yang dicanai tadi di dalam pinggan tersebut. (sila rujuk gambar).
Inti dibahagikan kepada 4 bahagian & masukkan 1 bahagian inti di
atas doh yg dicanai tadi & ratakan seperti dalam gambar.
Canai lagi
1 bahagian bebola membentuk bulat yang sama saiz seperti yang pertama
tadi & tangkupkan di atas inti tadi. Kemaskan bahagian tepinya
& kelim tepinya seperti anda mengelim karipap. Susun Roti Bawean
yang siap dikelim di atas plastik bersih yang sudah ditabur tepong.
Ulangi proses yang sama utk semua bebola tadi untuk mendapatkan 4 biji
Roti Bawean.
5.
Sediakan non stick pan & panaskan sedikit minyak (anggaran 1 cawan)
dengan menggunakan api yang perlahan. Bila minyak panas.. masukkan 1
keping Roti Bawean & gorenglah sehingga garing & warna kulitnya
bertukar warna kecoklatan. Dengan berhati2.. terbalikkan roti &
goreng pula disebelahnya sehingga garing.
(Akak terbalikkan menggunakan sudu dan chopstik..memang payah nak terbalikkan roti ni bila dalam kuali. Jika guna sudip bimbang minyak terpercik pulak)
JANGAN GUNA API BESAR UNTUK MENGELAKKAN ROTI CEPAT HANGUS & MENTAH DIDALAM. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan.
wah... karipap besar..
BalasPadamkalau tak tahu nama roti baewan tu pasti sop panggil karipap gergasi.. hehehe
Dah la tengah ziarah blog ni, perut tengah lapar. Rasa nak terkam masuk dalam blog je makan terus roti ni.... hehehe
BalasPadammak aihhh terliurnyaa.
BalasPadamsesuai ni tuk keluarga besar
BalasPadammak aihhh besarnya...ni kalu anak sepuluh baru best makan ni..hehe
BalasPadammakaiiii besarnya...sekali hadap terus kenyang nih..nampak pun sedap...
BalasPadamwahh sedapnyaaaaa :) besau lak tu!
BalasPadamsedapnyer.. kalau dapat makan ni memang puas hati.. :)
BalasPadamoh... baru lah tahu...
BalasPadammemang macam giant karipap
BalasPadam