OOO

Rabu, Oktober 31, 2012

Sebab KWSP Gantung Public Mutual Bhd

 
Masa tenguk berita di TV3 semalam pukul 1.30 tengahari di hospital ..terkejut besar kami di buatnya bila ada pengumuman tentang hal ni.

Apa lagi..terus hb akak contact agen yang uruskan dana kami.  Terus agen emailkan apakah sebabnya terjadi perkara cam ni..



Email dari Agen

Perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) digantung di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa mulai 29 Okt, 2012.”Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Okt, 2012,” demikian menurut makluman yang dipaparkan di laman sesawang agensi itu mulai semalam. 
 
Makluman itu, bagaimana pun menyatakan bahawa IPD berkenaan masih bertanggung jawab menguruskan pelaburan simpanan ahli KWSP yang telah dipindahkan sebelum 29 Okt, 2012.
Tindakan ke atas PMB ini dilihat sebagai adalah tindakan berterusan yang diambil oleh agensi-agensi berkaitan kerajaan pusat yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang menyasarkan entiti-entiti perniagaan milik dan menjadi kegemaran pelaburan oleh kaum Cina di Malaysia.

Sumber : SINI
 
Alhamdulliah akhirnya dah boleh invest balik di Public Mutual..fuhhh gempak lah kejap
 
KWSP tarik balik penggantungan perkhidmatan Public Mutual sebagai IPD
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menarik balik penggantungan perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai satu Institusi Pengurusan Dana (IPD) mulai hari ini.

Public Mutual dalam kenyataannya berkata, ini adalah berikutan penjelasannya bahawa pelanggaran peraturan sudah dibuat oleh seorang perunding saham amanah (UTC) yang tidak mematuhi peringatan ketat syarikat itu mengenai peraturan KWSP.

“Dengan penarikan balik penggantungan oleh KWSP ini, Public Mutual terus menjadi satu IPD di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan ahli KWSP.

“KWSP terserempak dengan UTC berkenaan yang mengedarkan risalah yang tidak dibenarkan di Shah Alam dan ia sentiasa mengingatkan kesemua UTC bahawa mereka tidak dibenarkan menggunakan mana-mana bahan jualan serta pemasaran, yang termasuk bahan yang membuat sebarang rujukan terhadap KWSP dan logo KWSP, selain daripada yang diluluskan oleh syarikat itu,” katanya.



Sehubungan itu, Public Mutual akur bahawa ia tidak bertolak ansur dengan sebarang pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh mana-mana UTC terhadap peraturan KWSP.



Memandangkan keseriusan perkara itu, syarikat itu berkata, ia sudah mengambil tindakan yang wajar terhadap UTC yang melanggar peraturan KWSP itu.


Semalam, KWSP memaparkan di laman webnya bahawa perkhidmatan Public Mutual sebagai IPD di bawah pengeluaran pelaburan Simpanan Ahli KWSP digantung berkuatkuasa mulai 29 Oktober 2012.


Dalam pengumuman itu, KWSP menyatakan bahawa Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan / atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Oktober 2012.


Bagaimanapun, ia menyatakan bahawa IPD berkenaan masih bertanggungjawab menguruskan pelaburan simpanan ahli KWSP yang dipindahkan sebelum 29 Oktober 2012. - Bernama



p/s mestilah takut kan..sape yang tak takut bila jadi camni..kami ambik masa yang lama gak nak pilih PM untuk pelaburan masa depan.
  

8 ulasan:

  1. Terkeju gak bila baca kat blog Pakdi semalam. Saya pun ada invest dalam PM gak. Harapnya tak lama la benda ni..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakina...diharap tak akan ada apa2 yg berlaku hendaknyakan...:)

    BalasPadam
  3. Uish.... terkesima bace tajuk N3 akak... sy br je msk PM 6bln yg lalu... duit dlm kwsp pun br de ciput je.... hope xde pe2 la berlaku.....

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah boleh tarik nafas lega.. sebab belum ada seminggu melabur dah kena gangtung.. tapi dah ok semula..

    BalasPadam
  5. Tak tahu pula saya mengenai pengantungan PM. Saya memang sudah lama dengan PM.

    BalasPadam
  6. actually time diorang promo PM nie... mmg diorg compare ngan dividen EPF dan TABUNG HAJI... HUHUHU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada salah (misleading) membandingkan unit trust dengan EPF dan Tabung Haji. Kesemua produk pelaburan di atas masing-masing berbeza dari segi ciri-ciri.

      Padam
  7. 3 jam je derang kene gantung ! Lepas tu okmdah..

    Nk try fund lain, cuba search Kenanga Growth Fund or Kenanga Syariah growth fund. Return pon menarik!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...