OOO

Isnin, November 19, 2012

APAM YOGURT KUKUS

Assalammualaikum semua
Hujan dari pagi tadi..jemuran tak kering.  Perut pun ashiklah berbunyi nak minta di isi.  Kat dalam peti sejuk ada lebihan yogurt..cari resepi kueh yang boleh menghabiskan yogurt dalam stok.  Akhirnya jumpa resepi apam yogurt kukus ini.  Resepi asal dari  Rima tapi akak copy paste di blog Ummi
Bahan-bahan
  • 2 cawan gula (akak letak satu cawan sahaja tapi msh terasa manis.lain kali kena kurangkan lagi)
  • 1 sudu teh ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt segar asli
  • 1 biji telor
  • 1/2 sudu teh double action baking powder
  • 1 sudu teh serbuk koko (tak letak)
  • 1 sudu teh pes coklat (tak letak pun)
  • tambah pewarna pink
 
 suka tenguk apam kembang mekar
Cara-Cara
  1. Sediakan periuk kukusan dan panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
  2. Sementara itu, masukkan kesemua bahan dalam mangkuk (kecuali pewarna), pukul hingga sebati, bertukar warna putih pucat dan pekat beralun.
  3. Asingkan 5 sudu besar adunan dan campurkan dengan pewarna coklat. (akak asingkan 1/2 adunan untuk diwarnakan pink dan 1/2 lagi dibiarkan putih sahaja)
  4. Masukkan adunan tanpa pewarna ke dalam plastik yg digunting bucunya agar mudah untuk picit ke dalam acuan yang sesuai. Kemudian paipkan hingga 3/4 penuh dan paipkan pula samaada yg bewarna coklat (merah) atau ungu (warna asal)  di tengah-tengah adunan tanpa warna tadi.
  5. Kukuslah selama 15 - 20 minit/hingga apam kembang mekar. (akak balut penutup kukusan dengan tuala semasa mengukus)

7 ulasan:

  1. Kak ina, cantik apam tu mekar, macam bunga mawarlah pulak, cantik!, mesti sedap tu!

    BalasPadam
  2. wahhh sedapnya..tapi nak buat ni yg malas..haha

    BalasPadam
  3. cantik apam ni kembang.. ilah kekadang jer jadi mcm ni kak ina..
    terima kasih ucapan kat anak ilah punya birthday tempohhari...

    BalasPadam
  4. owahh..kebetulan ada natural yogurt dalam peti sejuk..boleh cuba ni..masih kak..

    BalasPadam
  5. sedapnyer Kak Ina.. pinky2 gitu..

    BalasPadam
  6. cantek n nmpk sgt mekar ye kak..akak mntak izin nk salin resepi ni..nti nk try..kalo jadik cmni kn best..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...