OOO

Isnin, November 26, 2012

Gulai Itik

Assalammualaikum dan selamat malam semua


Selalunya akak masak itik masak lemak dan masak rendang.  Bila jejalan kat blog kawan-kawan terjumpa resepi gulai itik.  Akak beli itik kat Mydin tapi lecehlah, pekerja tu tak nak potong kecik-kecik sebab itik ni beku dan keras sungguh.  Kenalah akak siang pakai chopper..yang best kalau itik di Mydin sebab tak ada bau.

Akak rebus itik guna pressure cooker sekejap dan buang air rebusan yang banyak minyak.  Akak lupa akak ambil link kat mana..tapi nama blogger ni Liza.  Akak ubahsuai sikit resepi ni.

Bahan-bahan
1 ekor itik - potong kecil
1/2 kg santan  (tambah 1 cawan air atau santan dari 2 biji kelapa)
2 sudu besar kerisik
5 sudu makan rempah kari ayam babas
2 sudu besar  ketumbar biji - goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
1/2 inci lengkuas
1  inci kunyit
1 inci halia
8 bawang  merah
3 ulas bawang putih
4 sudu besar cili mesin
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula melaka (ikut rasa)
1 keping asam keping

Bahan tumis
Rempah 4 sekawan
1 biji bawang besar-hiris halus
2 biji bawang putih  - hiris halus
minyak masak/minyak jagung


Cara-caranya
Rebus itik sehingga empuk dan buang airnya.
Lengkuas, halia, bawang merah, kunyit, bawang putih dimesin halus.
Campurkan bahan mesin dgn rempah kari, cili mesin dan sedikit air.
Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bahan hiris sehingga layu.
Masukkan bahan kisar, kacau dan biarkan rempah naik minyak dengan api kecil.
Masukkan air asam jawa dan masukkan juga itik yg telah direbus.
Bila rempah naik minyak, masukkan santan dan biarkan mendidih.
Masukkan ketumbar, asam keping, kerisik, garam dan gula melaka
Masak hingga pekat sedikit.
Sedia dihidang..sedap di makan bersama nasi minyak, nasi beriani dan papadum.

6 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...