Bila dah ashik jadi driver hb ni ..barulah terasa kepenatan sebab PA akak dah kerja. Bila sampai umah dah petang..badan dah penat. Akak pun buat ajerlah benda yang simple cam ni. Tak dan nak ambik gambar cantik-cantik..terus makan sebab semua dah tak larat nak tunggu lagi.
Bahan-bahannya
- 1 ekor ayam sederhana-potong 12
- 1/2 biji lemon-ambil jus sahaja
- 3 sudu makan rosemary
- 3 ulas bawang putih
- sedikit halia
- 3-4 sudu makan madu
- 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada hitam
- kentang, dipotong hiris nipis
- 1 biji tomato - potong bulat
- bawang, dipotong bulat
Cara-caranya
1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.
3. Sebelum di bakar masukkan kentang, tomato dan bawang besar.1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.
4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.
Panaskan gak kacang dalam tin..jadilah..kenyang gak...
ohhh terlupa ada kentang goreng dan sup kimball
banyk jugak makanan terhidang even penat2 pun :)
BalasPadamassalamualaikum kakina...sedap juga ni...:)
BalasPadamAuntieee. Hehe kat sini pun senior2 selalu masak camni. Tapi diorang guna ayam seekor terus. Ala2 ayam golek gitu. Pastu makan ratah ramai2. Hehe
BalasPadamRindu la cookies auntie!