OOO

Sabtu, Disember 08, 2012

Nasi Briyani Perencah MAGGI

Assalammualaikum semua

Bila anak balik bercuti, mestilah mak nak bagi makan yang sedap-sedap kan.  Biasalah ..dah jadi mak ni..kalau anak ada kat rumah kalau boleh nak masak yang sedap ajer setiap hari padahal anak cuma balik seminggu.
Sekejap ajer masa berlalu, Yana dah ada dalam kapal terbang, semuga dia selamat sampai semula ke tempat pengajiannya.  Kali ni akak masak lagi nasi briyani guna perencah MAGGI tapi akak tak letak kacang dhal.

Bahan
8 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi

Bahan A
1                               biji bawang besar-cincang halus
5cm                           halia-hiris halus


Bahan B
300gm                           Isi ayam tanpa tulang-potong kecil
 2 peket                         Perencah Nasi Briyani  MAGGI                

Bahan C
1 kg                                Beras basmati- rendam 20 minit, cuci dan toskan
2 helai                            Daun pandan-siat dan ikat simpul
1400  ml /12 cawan        Air
100 gm                           Kacang gajus-goreng hingga kekuningan
100 gm                           Kismis-rendam sebentar dan toskan 
50 gm                             Daun ketumbar-hiris halu                    

Daun Pisang

Untuk Hiasan
Air Mawar
Bawang Goreng


 Cara Memasak
1.  Dalam periuk, panaskan minyak masak dan minyak sapi.
2.  Masukkan bahan A dan kacau se hingga naik bau.
3.  Masukkan bahan B dan  masak sehingga ayam separuh masak.
4.  Masukkan bahan tadi ke dalam periuk nasi elektrik.
5.  Masukkan semua bahan C dan tutup dengan daun pisang.  Biarkan nasi masak.
6.  Bila menghidang, renjiskan air mawar dan bawang goreng.
7.  Hidangkan panas-panas.
 
Kalau nak tenguk step by step bolehlah ke SINI 

5 ulasan:

  1. Aduh tengok gambar ni sedapnya...tengah dekat office ni...Lapar plak tu..huhuh

    BalasPadam
  2. sedapnya kak! tak pernah try resepi ni lagi. :-)

    BalasPadam
  3. semoga yana berjaya

    masakkan ibu tiada tandingan

    BalasPadam
  4. nasi beriani? btol ke ni kak? *gosok2 mater* :P

    ala tgok kt ofs, nti kat umah nk salin..hihi

    BalasPadam
  5. wahh..ada juga perencah maggi ye..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...