OOO

Khamis, Disember 06, 2012

Resepi Telur Bungkus

Kalau buat telur bungkus..ada tomyam dan sayur kailan ikan masin memang layan kannn.

Bahan-Bahan
2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
1/2 biji bawang besar - potong dadu
2 biji bawang putih-potong dadu
 2 batang jagung muda didadu kecil
1 biji lobak merah-potong dadu
sedikit bunga kobis - hiris kecil
4 batang sweet peas- potong kecil
1 sudu sos tiram
sedikit kicap cair
sedikit lada sulah
Sedikit hirisan daun sup
secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2-3  biji telur ayam
Cara menyediakan :
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang holland bersama bawang putih sehingga sedikit layu.
  • Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
  • Masukkan hirisan sayur-sayuran  dan dikacau rata
  • Perasakan dengan sos cili, kicap cair  dan sos tiram dan sedikit garam (jika perlu) kacau lagi.
  • Taburkan daun sup dan letak sedikit lada sulah sebelum di angkat.
  • Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan ratakanya sekeliling kuali
  • Pukul telur ayam tadi sebentar dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.
  • Letakkan inti ditengah-tengah  dan bungkuskan telur tersebut
  • Biarkan telur garing seketika dan bolehlah di terbalik kan ke dalam pinggan.

p/s kalau nak tgk cara nak bungkus leh ke sini tapi kat situ buat nasi pattaya..ala lebih kurang ajerlah..

7 ulasan:

  1. kak ina, bagila tips cemana nak kasi telur tu bila terbalik x terbuka. buat asik tak jadi je, telur saya nipis sangat ke?? T_T

    BalasPadam
  2. TQ Akak.. bagi resipi telur bungkus niee.. sedapnyaa..

    BalasPadam
  3. Sedapnyee.. masuk blog akak slalu buat rasa lapar la. Hehe ; p

    BalasPadam
  4. ni masakan orang bujang nih. hehe..

    BalasPadam
  5. 2-3 bji telo tu ckup ke kak, lov punyer tolo nipes je rupanya..senang nk lipat tapi xboleh tebalekkan dia..dia tkoyak..da jadi telo anco + laok..eheheh tapi sodappp :P

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...