OOO

Selasa, Januari 15, 2013

Jualan Amal Tabung GAZA



Satu program jualan amal akan diadakan untuk mengumpul derma dan dana bagi mengisi Tabung GAZA. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Ushine Health & Beauty, Grup CDL & Grup MYCAT. 

Sepanjang program berlangsung, berbagai acara seperti Jumble Sales, Lelong dan Jualan Makanan akan diadakan. Acara hiburan turut juga diselitkan.

Program ini akan dirasmikan oleh Dato Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia.  Booth yang berbeza akan dibuka mengikut kategori barangan yang dijual. Sebuah pentas akan digunakan untuk melelong barangan artis dan VIP serta VVIP. 

Tarikh  :  20hb Januari 2013
Masa : 10 pagi hingga 5 petang
Disamping itu berbagai persembahan akan diadakan, nyanyian lagu-lagu perjuangan dan ketuhanan, sajak dan puisi serta perkongsian pengalaman oleh artis-artis dan wajah-wajah komersial. 

Demonstrasi masakan juga akan dibuat oleh selebriti Jaafar Onn.
Semua yang prihatin dengan isu GAZA, dijemput hadir beramai-ramai dan sekiranya mampu menyumbang apa yang perlu.

Bagi yang ingin menderma wang ringgit, boleh lah menggunakan akaun berikut :-
Noor Affidah Zainal - CIMB 14270075116524

6 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...