Nak buat kulit pastri puff bukannya senang..memang renyah nak membuatnya. Akak selalu beli ajer di pasaraya terkemuka...yang paling mustahak mesti dah ada inti. Kalau buat inti karipap akak suka buat banyak-banyak sebab dengan inti tu kita boleh buat kudapan untuk di santap bersama keluarga tercinta.
Dah banyak kali dah akak buat puff pastri kentang macamni...tapi tak apalah kan..apa salahnya kita tepek resepi yang sama.
Caranya pula akak ambil dari blog Mat Gebu . Terima kasih yer Mat.
Dah banyak kali dah akak buat puff pastri kentang macamni...tapi tak apalah kan..apa salahnya kita tepek resepi yang sama.
Bahan-bahan
- 5 biji ubi kentang-dipotong 2 pastu di potong 3
- 200gm daging kisar
- 1 biji bawang besar-potong dadu
- 4 biji bawang kecil-tumbuk
- 3 biji bawang putih-tumbuk
- 1 inci halia-tumbukdaun kari
- 2-3 sudu makan rempah kari daging-akak guna babas
- 1-2 tangkai
- air secukupnya
- garam/minyak secukupnya
Cara-cara
1. Rebus ubi kentang sampai empuk..pastu buang air dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia bersama daun kari yang telah ditumbuk bersama halia dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari bersama sedikit air dan perlahankan api dan kacau sampai rempah pecah minyak.
4. Masukkan daging dan sedikit air dan biarkan daging masak sebentar sambil di kacau selalu.
5. Bila daging dah empuk/masak..masukkan garam bersama ubi kentang tadi sambil pecah-pecahkan kentang yang telah di rebus tadi.
6. Biarkan sebati dan kacau sehingga pekat dan bolehlah di keluarkan.
7. Sejukkan dahulu sebelum di buat pastri puff/karipap.
Caranya pula akak ambil dari blog Mat Gebu . Terima kasih yer Mat.
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 10 keping puff pastry jenama "Kawan" saiz 4 x 4 inci
- Inti karipap
- 1 kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ambik 1 keping puff pastry, kerat 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah. Bahagian satu lagi, diletak 3/4 camca teh inti karipap , tutup dengan bahagian yang dipotong dan tekan tepi2nya dengan garfu. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. (yang besar tu tak yah potong..terus lipat dan tekan tepi-tepinya dengan garpu.barulah di potong atas puff tu dengan gunting)
- Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
kalau inti kentang, karinya sedapp..memang leh makan banyak la dibuatnya.
BalasPadamperghhhh terus laporrrrrrrrrrrrr ;)
BalasPadamwahh sedapnya...nak try buat lah. if rajin nak buat sekali kulit puff tuh
BalasPadamhttp://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/bukan-setakat-senggugut-teruk-hilang.html
inti sardin... my peberet!! yummehh!!
BalasPadamwahh..mesti seddap nih.
BalasPadamKalau tak kena bancuh dan suhu, boleh merekah kulit puff ni kan.
BalasPadam