Assalammualaikum semua
Char keuey tiaw ni anak-anak kurang gemar..akak dan hb ajer yang suka. Kalau nak makan kena makan sebaik sahaja keluar dari kuali..barulah ada umphhh. Kalau rajin bolehlah buat cili jeruk.
Akak suka buat guna resepi ini..sedap tau. Resepi di sumbangkan oleh geng masak memasak Che' Iza
yang dah tak aktif berblog dah.
Char keuey tiaw ni anak-anak kurang gemar..akak dan hb ajer yang suka. Kalau nak makan kena makan sebaik sahaja keluar dari kuali..barulah ada umphhh. Kalau rajin bolehlah buat cili jeruk.
Akak suka buat guna resepi ini..sedap tau. Resepi di sumbangkan oleh geng masak memasak Che' Iza
yang dah tak aktif berblog dah.
Bahan-bahan
Untuk Paste- 200 gm udang
- 250ml air
- 4 ulas bawang putih di ketuk
- 6 sb sos tiram
- 3 sudu kecil kicap pekat
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 sk petis
- 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
- 2 suduckecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
- 1 sudu kecil gula
- 300 gm kuey teow
- 1 sudu besar cili boh
- kerang-tak letak
- sedikit kucai & taugeh
- 2 biji telur
Cara-cara
- UTK PASTE- Rebus udang dan kulit udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....asingkan udang dan kulit.
- Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
- UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
- Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.
- **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh..

saya penggemar makan charkuewteow ni..sedap
BalasPadamsedap nie charkuewteow ..boleh cuba nie :)
BalasPadamduhhhh terliur
BalasPadammintak sikit
BalasPadambiasa makan kedai2 jer..
BalasPadamkalau boleh buat sendri lg bagus :) puas makan..
masakkan, boleh??
BalasPadamTerliur tengok ^_^ hehe
BalasPadamsedapnya kak..kami anak beranak mmg suka kue tiaw ni
BalasPadamsedapnyer.. Boleh cuba buat ni..
BalasPadam