Assalammualaikum semua
Pernah tenguk atau makan tak daun selasih? Tertarik nak buat ayam daun selasih ni..terpaksalah cari kat pasar ..kalau tak ada daun selasih taklah dinamakan masakan ni daun selasih kan.
Sungguh senang nak masak masakan ni..sekejap ajer dah siap bila dah prepare bahan-bahannya. Selain dari ayam anda boleh juga guna daging..tapi guna daging lembu cam batang pinang ataupun daging bola yang lembut. Resepi ni di ambil dari Dapur Kak Jee tapi akak tambah bawang putih dan sos ikan.
Bahan:-
- 250 ayam potong kecil(atau daging)
- 2 sudu besar paste tomyam Adabi dalam paket-90 sen
- 10- 15 cili api diketuk2 (ikut kepedasan- resipi asal mesti pedas)
- 2 labu bawang besar/bawang holland(dibelah lapan dan dicerai2kan)
- 2 biji bawang putih
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar sos cili Thai
- 4-5 tangkai daun selasih-ambil daun sahaja
- 1 sudu teh sos ikan
Cara Memasak:-
- Perap ayam yang telah di potong kecil ersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam.
- Panaskan minyak dan tumis dulu 1 labu bawang besar yang telah dikerat 8 bersama bawang putih yang telah di tumbuk kasar.
- Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar.
- Setelah agak garing, masukkan potongan ayam yang telah diperap dan goreng hingga ayam masak.
- Kemudian masukkan kicap manis, sos ikan dan juga sos cili lalu kacau sehingga masak.
- Masukkan daun selasih yang telah dipetik-petik dan dicuci bersih.
- Kemudian masukkan baki 1 labu bawang besar dan goreng hingga bawang nampak layu. Padamkan api dan hidangkan.

nampak senang jer nak buat....
BalasPadamowwww resepi baru ni kak.. lov xpena try or cube lg..coz mmg xkenal daun tu n xprnh mkn pun..hoho..ini ke daun yg bau dia cam kelekatu tu kak? lol..
BalasPadamiyerlah kot..tak silap pokok selasih ni biji dia yang kita buat air selasih tu
Padammcm xpernah jumpa plak daun selasih ne kat pasar.. kalau kt uma mak mentua bnyak..
BalasPadamkena tanya kat bahagian sayuran kampung
Padambaguslah kalau dapat free
wah.... nampak sedap la... nyum2 :)
BalasPadamfuhh..memang sedap nih..
BalasPadammesti susah nak buat ni.
BalasPadamassalamualaikum kakina...mmg sedap la ...;)
BalasPadam