OOO

Khamis, Mac 07, 2013

Resepi Daging Goreng Berlado

 Terima kasihlah semua yang sudi bagi komen pasal tudung tu yer..yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan teladan.

Mula-mula nak buat dendeng berlado..tiba-tiba mood merudum..malas nak ketuk daging..akak tukar buat daging goreng berlado lah pulak.  Akak tambah sikit cili api nak bagi podeh sikit..gula tu nak naikkan rasa.  Akak buh daun salam dan daun limau purut..ok gak rasanya..tapi kalau sape tak suka tak payahlah letak. Sodap makan bersama nasi panas dan sup sayur.

Bahan-bahan:
500 gram daging batang pinang - hiris nipis-nipis
4 helai daun limau purut, dibuang tulangnya
2 helai daun salam(optional)
1/4 sudu teh gula pasir
2 sudu teh jus limau kasturi
minyak untuk menggoreng 
sedikit serbuk kunyit 
garam untuk perasa

Bahan Tumbuk Kasar/Kisar Kasar
8 biji  bawang merah 
4 biji bawang putih
15-20 biji cili/cabai merah-buang biji
5-7 biji cili api

Cara Membuatnya:-
  1. Daging di bersihkan, tos dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng sehingga garing dalam minyak yang telah di panaskan.
  3. Toskan dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak jagung/minyak masak dan tumis bahan  tumbuk kasar, daun salam dan daun limau purut sehingga  sampai harum. 
  5. Masukkan daging, garam, dan gula pasir. 
  6. Gaul sebati dan biarkan sebentar.  Rasa cukup garam baru padam api dan masukkan pula jus limau.  Angkat..

16 ulasan:

  1. pergh..
    nmpk sdp la mknn kt gmbr tu..
    mohon post sekilo daging goreng berlada ni kt umah..
    hihi

    BalasPadam
  2. terliur sudah! nk cuba..thanks kak :)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kakina...sedapnya resepi ni...:)

    BalasPadam
  4. sedapnya, makan dengan nasi panas2 nih

    BalasPadam
  5. yang pedas tetap sedap kan kak.

    BalasPadam
  6. hoho.. burp alhamdulillah.. kenyang sudah kak ina
    makan dgn nasi putih panas + teh o peach sejuk = superb

    BalasPadam
  7. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kak............feveret sy ni..:)

    BalasPadam
  8. macam nak suruh mak masak macam gini jugaklah bila balik kampung nanti terliur kot kalau tengok dagi tu dengan cabainya heheh

    BalasPadam
  9. makan dengan roti rendah lemak nie sedap ler kak...maklum ler sekarang saya tengah diet ...jaga kolestrol...

    BalasPadam
  10. salam kak ina
    Tirana aduka dtg melawat sis

    BalasPadam

  11. Salam berkat hari Jumaat.. :D

    Ayam denak di mana sesat,
    Ditepi motor di depan bangku;
    Dimakan enak dirasa lazat,
    Resepi berlado pujaan hatiku.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...