OOO

Jumaat, Mac 29, 2013

Resepi Lasagna Daging

Assalammualaikum semua
Lama tak update..cuti sekolah ashik gi jejalan kat sana sini. 

Anak-anak akak memang suka makan cara omputih camni..selalu beli kat luar ajer.  Akak try buat..tak rumit nak membuat lasagna ni. Tapi akak tersilap masuk dalam bekas yang kecil..bila bakar meleleh-leleh cheese mozarella tu.  Akak ambil resepi dari rakan masak memasak Potret Kasih

Bahan Utama
Beberapa keping lasagna ( rebus dulu atau rendam dalam air panas seketika – bila lembut angkat dan ketepikan)

Bahan Sos Merah/Sos daging
500gm daging kisar
1 tin besar pati tomato (puree)
1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
3 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar
1 sudu teh oregano
1 sudu teh thyme garam (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili

cendawan butang-hiris nipis 
Minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung



Cara Untuk Buat Sos

1. Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
2. Tomato di mesin dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

5. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar dan tomato puree bersama-sama 1 tin air. Masukkan garam.
6. Masukkan juga oregano, thyme, basil, cendawan dan cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api.

 
pastikan kat atas sekali sos daging/sos merah

Untuk Sos putih
2 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar dalam kotak  (@ susu cair yg telah dicampur sedikit air pun boleh jugakk)
sedikit serbuk lada sulah
sedikit kiub ayam ( optional ) – saya tak letak
2 keping keju chedar

air utk adjust kepekatan sos – kalau sos pekat sangat boleh tambah air

Untuk sos putih pula…

1. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
2.   Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
3.  Kemudian masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Bila dah pekat sikit bolehlah  padamkan api.

air utk adjust kepekatan sos – kalau sos pekat sangat boleh tambah air  

Bahan tabur
keju chedar parut/ keju parmesan ( jumlahnya bergantung  atas  kita nak letak banyak mana… lebik banyak lebih sedap)


 Cara penyediaannya
1.  Sediakan bekas tahan panas 4 segi/caserole, sapukan atau butter di keliling mangkuk tahan panas tersebut.
 
2.   Spreadkan layer pertama dgn daging kisar ( nipis2 je…. ), kemudian susun lasagna hingga menutupi kuah , kemudian tuangkan daging kisar sekali lagi …..tuangkan sos putih pula hingga menutupi daging tadi, kemudian  taburkan parmesan/chedar parut, kemudian susunkan lasagna, buat hingga 3 atau 4 lapis. 
 
3. Bahagian atasnya mesti lapisan daging kisar, sos putih dan seterusnya keju chedar parut. Sos putih taruh lebih sikit supaya lasagna tu basah dan terendam dgn kuah.
4. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)

5.   Bila telah masak bolehlah dihidangkan…tapi kenalah potong dulu...sedap di makan panas-panas..paling best bila cheese tu di tarik panjang.....panjang......baru masuk dalam mulut.

11 ulasan:

  1. sedapnya kak... nape hari ni semua org tunjuk makanan sedap2... haaaiiii...

    BalasPadam
  2. sedapnya kak...dh lama nk try buat lasagna ni tp blom ada masa la..

    BalasPadam
  3. wat lapar jer...sedap yea resepi Lasagna.....

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakina...sedapnya meleleh air liur tengok...;)

    BalasPadam
  5. salam...sedapnya!boleh try buat...tq share ya

    BalasPadam
  6. Salam manis buat kak Ina.. :D

    Amboiii...sedapnya lasagna tuu...Ummi nak tumpang sekaki boleh.. :D

    BalasPadam
  7. Lezat dan nikmatnya resep ini Kak...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...